Tuesday, August 7, 2018

Kuih-muih 3 Biji Seringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negeri Kedah memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan menarik. Kalau singgah di mana-mana kedai atau gerai di tepi jalan, sangat mudah untuk kita jumpa cendol, ABC, laksa atau bihun sup.

Sepanjang perjalanan ke sekolah dari kampung, terdapat banyak gerai yang menjual sarapan pagi termasuk nasi lemak aneka lauk pauk dan kuih muih pelbagai jenis. Pilihlah mana-mana gerai yang anda suka. Pada minggu lepas, pertama kali saya singgah di sebuah gerai di Tebengau. Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang dijual selain nasi lemak sebagai sarapan pagi. Agak ramai juga pembeli yang berkunjung di gerai tersebut pada ketika itu.

Kuih yang dijual hanya berharga seringgit untuk tiga biji kuih kecuali beberapa kuih lain seperti kuih lopes dengan harga lain. Bagi saya, RM1 adalah harga yang cukup murah memandangkan saiz kuihnya yang agak besar dan rasanya juga enak. Tidak seperti di sesetengah tempat, sudahlah mahal harganya, jika tak bernasib baik mungkin terbeli kuih berinti angin. Namun, kebanyakan tempat di Kedah masih lagi menjual kuih dengan harga RM1 untuk tiga biji.

Saya juga tertanya-tanya, adakah peniaga-peniaga ini mendapat pulangan yang berbaloi dengan harga yang begitu murah. Bagaimanakah bahan mentah dengan harga yang sama di tempat lain, tetapi kuihnya boleh dijual dengan harga yang lebih murah.


Wednesday, August 1, 2018

Bagaimana Menukar Unit Kuantiti Fizik dengan Dua Langkah Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak bertahun-tahun mengajar subjek Sains, saya sering mengalami masalah untuk memahamkan pelajar tentang kaedah penukaran unit kuantiti fizik. Saya percaya ada juga guru-guru lain yang turut mengalami masalah ini. 

Hari ini saya ingin kongsikan satu kaedah baru untuk menukar unit kuantiti fizik dengan dua langkah mudah. Kaedah ini merupakan hasil inovasi pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Alor Setar yang telah memenangi pingat perak dalam Pertandingan Inovasi IPGKDA Peringkat Kebangsaan 2017.

 
Pensyarah Sains dari Kolej Vokasional Alor Setar:
(Dari kiri) En. Azman bin Bidin, Puan Umi Daly Hairani dan Puan Izuyah bt Hamid 
(gambar pertandingan inovasi tahun 2018)

Senarai Imbuhan dan Faktor Pendaraban

Kaedah Delete Darab Insert Bahagi (DDIB)


Contoh soalan: 
Tuliskan kuantiti berikut dalam unit yang diberi dan nyatakan nilainya dalam bentuk piawai

(a) 1 km kepada unit Mm


Perhatikan dalam soalan ini, dalam unit kilometer (km), nilai k akan dibuang dan digantikan dengan nilai Mega (M). 
Ini bermaksud Delete k, Insert M. 
Delete k bererti darab imbuhan bagi k (10^3) dan insert M bererti bahagi imbuhan bagi M (10^-6)

(b) 


Ini bermaksud Delete u, Insert k. 
Delete u bererti darab imbuhan bagi u (10^-6) dan insert k bererti bahagi imbuhan bagi k (10^3)

Mudah bukan? Hanya dengan dua langkah, delete darab insert bahagi, kita akan dapat menukarkan unit kuantiti fizik. Tapi, masih ada syarat. Syaratnya kita hendaklah ingat dengan betul kuasa pendaraban bagi imbuhan tersebut. 

Saya sangat teruja apabila dikongsikan kaedah ini oleh Pn. Izuyah kerana sejak dulu lagi saya sering menghadapi masalah untuk sampaikan topik ini kepada murid. Dengan adanya kaedah Delete Darab Insert Bahagi ini, pertukaran unit akan menjadi lebih mudah. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu guru-guru dan pelajar.

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...