Tuesday, June 24, 2025

MNEMONIK Makronutrien dan Mikronutrien

Mnemonik merupakan satu kaedah mengingat yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran. Mnemonik berasal dari perkataan Greek mnēmonikos yang bermaksud 'beringat'. Terdapat pelbagai teknik mnemonik seperti teknik hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan akronim. 

Dalam sesi pembelajaran hari ini, saya telah mengajak pelajar untuk mencipta mnemonik bagi 9 unsur makronutrien dan 6 unsur mikronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Makronutrien bermaksud nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak manakala mikronutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

Sembilan unsur makronutrien tersebut adalah Nitrogen (N), Magnesium (Mg), Oksigen (O), Fosforus (P), Karbon (C), Kalsium (Ca), Kalium (K), Sulfur (S) dan Hidrogen (H). Mnemonik yang dihasilkan pelajar seperti berikut:

1. Nasi Minyak Orang Pulau Pinang Campur Char kuetiau Kedah Sedap Hoi!!

2. Nak Pekena Megi Campur Kuetiau Sayur Orang Cameron Highland

3. Oh Cara Hantu Ni Parking Kereta Memang Susah Cari

Enam unsur mikronutrien pula adalah Boron (B), Mangan (Mn), Ferum (Fe), Molibdenum (Mo), Kuprum (Cu) dan Zink (Zn). Berikut merupakan mnemonik yang terhasil:

1. Budak Main Ferrari Mona Curi Zink

2. Budak Malik tu Fitnah Ziana Curi Mangga


Saya menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2002, waktu tu Piala Dunia sedang hangat hinggakan kami mencipta mnemonik bertema Piala Dunia untuk mengingat 20 unsur pertama dalam jadual berkala. Sampai sekarang mnemonik tersebut terus berlegar dalam minda setiap kali mengajar topik Jadual Berkala Unsur.

Heskey Hendak Lihat Beckham Buat Corner Nanti Owen Frust Nengok Nakata Menang Asal Siemen P Sep Coly Argentina Kalahkan Cameroon

Bolehkah anda senaraikan 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur berdasarkan mnemonik di atas? Adakah anda mengenali pemain bola sepak dan pasukan dalam mnemonik di atas? Terima kasih buat rakan-rakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Batch 99/03 yang telah menyumbangkan idea mnemonik di atas. 





No comments:

MNEMONIK Makronutrien dan Mikronutrien

Mnemonik merupakan satu kaedah mengingat yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran. Mnemonik berasal dari perkataan Greek mnēmonikos ...