Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, October 30, 2019

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang


Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia, ahli perniagaan, pemain bola dan ahli politik.

#yangnakalnakal #usmanawang #cerpen #ahlipolitik

Bidadari Burung oleh S.M Zakir



Pertama kali membaca tulisan S.M Zakir. Himpunan cerpen ini adalah untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Setiap penerangan dalam cerpen beliau begitu jelas menggambarkan kehidupan orang Melayu seperti cerpen Malam Bertangkup di Aidilfitri. Seterusnya, dapat dirasakan meremang bulu roma tatkala membaca cerpen Dang Sari Padi Menguning. Cerpen Dewa Cinta terasa sayu dan menyesakkan. Dalam cerpen Panggil Namaku Izrail boleh dirasakan sesaknya kehidupan yang menghimpit hingga membayangkan kematian seterusnya membuatku turut berfikir bahawa sakitnya mati lebih daripada sakitnya ujian di dunia ini. Seterusnya cerpen yang yang terakhir Bidadari Burung seolah meramal kehidupan hari ini ketika fahaman liberal semakin menular di kalangan masyarakat. Membaca cerpen tulisan saudara S. M Zakir perlukan tumpuan kerana kita mungkin tersesat di pertengahan andai ralit dan perlu mengulang semula. 

#bidadariburung #smzakir #cerpen #seawriteaward

Tuesday, September 24, 2019

Buku: Cemburu Seorang Perempuan

Kerana cemburukan persahabatan suaminya, ia paranoid hingga sanggup melakukan sesuatu di luar kewarasan fikiran. Rentetan satu peristiwa, cemburu itu makin berkembang hingga memusnahkan. Kejam!

Buat lelaki bergelar suami: Usahlah berkata-kata atau berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan cemburu di hati isterimu kerana eratnya talian persahabatan tidak dapat menandingi sucinya ikatan pernikahan. Setelah kau beristeri, jadikanlah ia teman dan sahabatmu bukan hanya teman ketawa gembira tapi teman di kala menangis sedih supaya kau tidak perlu perhatian seorang yang lain.

Buat perempuan bernama isteri: Aku faham kerana aku juga perempuan. Cemburu tetap ada tapi bendunglah ia. Jangan sampai merosak diri.

#cemburuseorangperempuan

MNEMONIK Makronutrien dan Mikronutrien

Mnemonik merupakan satu kaedah mengingat yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran. Mnemonik berasal dari perkataan Greek mnēmonikos ...