Saturday, August 30, 2008

Jalan-jalan di Kota Melaka Bandar Warisan Dunia

Inilah yang dinamakan takdir. Kelmarin dulu (Hari Khamis) yang lalu, beria-ia saya merancang mahu ke perpustakaan esoknya (Jumaat) kerana mahu menyiapkan tugasan-tugasan yang tergendala menanti tangan ini menyambung menulis. Memandangkan Jumaat itu kelas Kimia Organik juga batal, dapatlah saya siapkan lebih banyak tugasan. Nampaknya takdir yang dituliskan lain bunyinya. Datanglah si Annuar, presiden Persatuan Sejarah menawarkan tempat berharga RM3.00 untuk ke Melaka Bandar Bersejarah. Oh, rupanya saya ditakdirkan untuk berada di sana. Berpergianlah kami (saya dan Nadiah) bersama-sama rakan-rakan lain dari Persatuan Sejarah. Saya juga tidak maklum sebelum ini bahawa Melaka telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1 Ogos yang lalu.





Kalaulah Flor de La Mar ini dibina dengan suasana 1511, pasti saya lebih teruja.




Saya bayangkan A Famosa itu kota yang memanjang dengan pameran-pameran tentang sejarahnya di dalam, rupanya hanya tinggal pintu gerbangnya dan dalamnya pelukis yang mencari rezeki.





Besarnya kapal perang Inggeris, cuba bandingkan dengan kapal Melayu atau Belanda atau Portugis.

Kesunyian di runtuhan Gereja St. Paul. Kenapa agaknya gereja ini dibina di atas bukit sana, penat kami mendaki. Kasihan juga seorang kakak menjual cenderahati bila melihat anak kecilnya tidur di sisi.
Dua penyanyi berbakat menyanyikan lagu dari pelbagai bahasa berbeza.

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...