Klik Sini Ramai-ramai

PembacaNotaSaya

Sunday, April 29, 2012

Ikan Jerung Boleh Bernafas di Darat

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Filem SeeFood merupakan filem animasi oleh rakyat Malaysia. Pada mulanya saya agak hairan kenapa sejak bulan Januari promo bagi filem ini telah ditayangkan di televisyen sedangkan filem akan mula ditayangkan di pawagam pada bulan Mac. Rupa-rupanya ini filem hasil titik peluh rakyat Malaysia sendiri. Saya baru berpeluang menonton filem ini hari ini. Filem ini sangat berkualiti dengan jalan cerita yang lain dari yang lain serta sarat dengan mesej yang menginsafkan. Selain itu, filem ini juga telah mencetuskan tanda tanya tentang sesuatu...

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seekor anak jerung buluh (brown banded bamboo shark) bernama Pup yang mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur dari kawasan perairannya. Antara watak lain seperti 'whitetip shark' yang sentiasa ditemani tiga ekor 'pilot fish', penyu yang banyak pengalaman, sotong yang bijak dan ikan pari biru.

Filem ini memang sarat dengan mesej yang perlu kita ambil peduli. 

1. Pembuangan sisa toksik dari industri perlu segera dibendung kerana sisa tersebut yang mengalir ke sungai dan seterusnya ke laut akan membahayakan hidupan di air.
2. Pembuangan sisa pepejal juga membahayakan. Contohnya, plastik yang boleh menyebabkan hidupan tidak dapat bernafas. Hidupan laut juga mungkin memakan sisa pepejal yang difikir makanan dan ini akan membahayakan.
3. Pemburuan ikan jerung untuk mendapatkan sirip juga perlu dihentikan kerana ini akan menggangu ekosistem serta mungkin menyebabkan jerung pupus satu ketika nanti.
4. Ikan jerung sebenarnya tidak membahayakan seperti yang ditayangkan dalam filem Jaws satu ketika dulu tetapi ikan jerung hanya bertindak mempertahankan diri.
5. Penggunaan bilah enjin bot menyebabkan cengkerang penyu rosak dan boleh juga menyebabkan kematian.

Selain itu, setelah menonton filem ini, saya tertanya-tanya benarkah ikan jerung dapat bernafas di air? Dari carian google, ini maklumat yang saya jumpa dari website http://www.tnaqua.org/newsroom/OJ_Shark_Species.asp.


Rupa-rupanya ikan jerung buluh seperti dalam filem SeeFood ini boleh hidup di luar air sehingga 12 jam dan ikan jerung ini ditemui di India, Malaysia, Indonesia, China, Jepun, Filipina dan utara Australia. Ini sangat sesuai dengan Filem SeeFood ini.

 Telur jerung buluh

 Jerung buluh (Pup)
  
 
Whitetip shark (Julius)

Saya sebagai anak Malaysia turut berbangga dengan hasil usaha Silver Ant ini. Semoga lebih banyak filem yang berilmu diterbitkan selepas ini, bukan sekadar filem dengan nilai percintaan atau hantu jembalang.

Saturday, March 24, 2012

SPM dan Rancangan TV

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar rakan-rakan blogger? Semoga hari-hari anda ceria dan gembira dan sentiasa dilindungi Allah selalu.

Hari khamis yang lepas adik-adik yang lepas SPM dah dapat keputusan SPM. Macam mana keputusan anda? Cemerlang Tinggi, cemerlang, lulus atau gagalkah anda? Saya mengucapkan tahniah atas apa juga keputusan yang anda peroleh. Kalau anda berjaya tentu ada sebabnya, sebab anda telah berusaha atau supaya anda peroleh apa yang anda impikan. Kalau anda gagal, mungkin kerana anda tidak cukup kuat berusaha, atau supaya kelak anda tidak riak dan sombong. Kalau anda yang sedang-sedang saja, mungkin anda juga tidak cukup berusaha atau supaya anda bakal peroleh sesuatu di bawah kemampuan anda. Kalau anda adalah pelajar yang disasarkan cemerlang tapi tiba-tiba anda tidak cemerlang, mungkin anda terlupa bahawa guru anda yang mendidik anda. Biar guru itu kurang pengalaman atau tidak sesuai dengan anda, beliau tetap guru anda dan anda perlu hormat padanya.

Adik saya gagal matapelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Tapi, saya kata 'it's OK' sebab itu matapelajaran elektif dan mungkin dia pun memang tidak minat dan tidak patut berada dalam bidang LK.

Apa pun, yang lepas biar berlalu. Jangan lupa isi borang UPU atau tentukan hala tuju anda. Apa yang penting, anda perlu tahu apa yang anda suka dan apa yang anda mahu buat. Sekalipun anda terlalu berminat untuk berkerja atau berniaga sendiri, dan mahu berhenti belajar..terpulang kepada anda tetapi pastikan ianya berbaloi.

Itu cerita SPM, apa kenanya dengan Rancangan TV? Tak ada pun. Saya ni orangnya suka menonton TV, terutamanya english movie. Malam ni kan english blockbuster TV2, nak jugak la cek tajuk apa filem malam ni. Biasanya saya selalu semak di laman web Utusan Online, tapi hari ni saya dapat keputusan seperti di bawah.


Nampaknya nak tengok Rancangan TV pun dah tak percuma lagi.

Sunday, February 5, 2012

Peminat Harimau Muda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Salam maulidurrasul 1434H.

Tak tau nak cerita tentang apa. Cuma, kat bawah ni gambar anak sedara saya dengan baju Harimau Muda. Minat sungguh dengan baju ni sampai baju abang dia pun dia kebas. Malam pulak ada baju tidur yang sama patern. Kalau boleh tiap malam nak pakai baju tu. Siang basuh, malam pakai balik. Baju 'Malaysia' katanya.

Tuesday, January 31, 2012

Perlawanan Hoki yang Mendebarkan dan Menggembirakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Lama sangat tak update blog, mesti orang pun dah bosan nak datang sini.


Saya ada cerita tentang peristiwa hari ini. Hari ni ada perlawanan hoki perempuan bawah 18 daerah Bentong di SMK Sulaiman. Saya guru penasihat kelab hoki, so kena bawa pemain ke sekolah tersebut. Pemain kitorang semua pelajar India. Yang kat hujung tu cikgu Azlan, jurulatih hoki dan yang berbaju hitam encik Subhan, juruletih yang ajar budak2 ni main hoki. Tahun ni game diadakan awal sangat, diorang sempat berlatih 4 hari je sebab minggu lepas cuti cikgu pun balik kampung.

SMK Khai Mun ditempatkan dalam kumpulan B bersama SMK Ketari, SMK Kuala Repas dan SMK Seri Bentong. Game pertama dengan SMK Kuala Repas, menang 1-0. Game kedua dengan SMK Seri Bentong seri 0-0. Game ketiga dengan SMK Ketari seri 1-1. Masa main dengan ketari paling banyak pemain kami yang injured, yang kaki diketuk, jari kena kayu hoki, macam2 la tapi tu semua asam garam permainan la. Cuma yang tak tahan bila pemain lawan siap marah-marah, yela kami ni budak2 je yang main diorang ramai yang besar-besar. Bila game kumpulan dah habis, didapati SMK Khai Mun dapat mata sama dengan Ketari 5-5 dan jaringan pun sama 2-2.

So, untuk tentukan siapa johan dan naib johan kumpulan, kena buat 'split' (tak tau la sebutan sebenar macam mana tapi dengar lebih kurang split/flip something like that). 'split' ni ala2 sepakan penalti dalam bola sepak. Tiap pasukan kena hantar 5 pemain untuk buat jaringan. Kami hantar Thibega (5), Sankari(7), Sangeetha(4), Lisa Mary(6) dan kapten Gayathri (2). Keputusannya seri jugak dengan 1 jaringan masing2 oleh kapten. Last sekali, ambil sorang aja untuk buat pukulan lagi. Alhamdulillah tolakan (tak boleh pukul) Gayathri masuk tapi bola diorang berjaya dihalang oleh Heeroshini (goal keeper). So, jadi johan kumpulan B.

Semasa pusingan separuh akhir, kita kalah dengan SMK Sulaiman 1-0 menyebabkan terpaksa bertemu ketari sekali lagi untuk penentuan tempat ketiga dan ke-4. Permainan berjalan dengan pemain yang sedikit keletihan dan berakhir dengan keputusan seri 0-0. So, kena 'split' sekali lagi. Seperti tadi jugak 5 pemain dihantar. Kali ni seri lagi 2-2 sehingga menyebabkan pertandingan antara seorang pemain sahaja. Kita hantar kapten pasukan, Gayathri. Diorang pun hantar kapten, Nad. Pukulan pertama, dua-dua masuk gol. Diteruskan sehingga 2 pukulan berikutnya (kalau tak silap la), keputusan masih seri 0-0. Untuk menamatkan permainan tersebut, pengadil terpaksa melambung syiling dan kemenangan berpihak kepada SMK Khai Mun sebagai pemenang tempat ke-3.

Mungkin ada yang cakap setakat menang dengan lambung syiling tak ada apa la, nasib je tu. Tapi bagi saya, jika tak tertulis akan menang, syiling pun tak akan memihak kepada kita. Saya tumpang gembira bagi pihak pemain yang telah bertungkus lumus di dalam padang. Sebab tu saya katakan permainan ini memang sangat mendebarkan.

p/s: Satu perkara yang ingin saya highlight di sini ialah tentang sikap. Apa yang saya perhatikan, ada pelajar berbangsa melayu yang lancar betul kata-kata cacian dari mulut mereka. 'babi' pun saya ada dengar. Malu sebagai orang Melayu terhadap pemain2 kami yang semuanya berbangsa India. Mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang tapi jadikanlah ia luar biasa kerana itu yang sebaiknya. Jaga diri dan jaga tingkah laku di khalayak atau di mana saja.

Wednesday, January 18, 2012

Diam

Diam..selesema lagi..cuma sempat klik ke blog gilamodified dan Rookie Blue dinihari ini.

Monday, January 9, 2012

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian.

Hari ni hari Isnin, dah nak masuk hari selasa pun lagi 2 jam. Apa cerita hari ni? Semalam saya dah join satu segmen kat blog hasrulhassan.com. Hari ni tuan empunya blog dah buat satu list blogger mengikut negeri. Ada 5 orang blogger dari Pahang termasuk saya manakala yang paling ramai join adalah blogger dari Selangor. Ni adalah blogger dari Pahang yang join segmen ni. Jom terjah!

Blogger Pahang
http://notacikgushikin.blogspot.com/2012/01/jom-cari-blogger-setempat.html (Bentong)


Lagi satu cuma nak share tema minggu ni "kosong".

Sunday, January 8, 2012

JOM CARI BLOGGER SETEMPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak join segmen Jom Cari Blogger Setempat oleh hasrulhassan.com. Nak join, klik SINI. Jom la join ramai-ramai, boleh kenal2 lagi blogger berdekatan anda. Hari ni dah last, 08-01-2012 (12 tengahari).

Link
Nama: Nur Ashikin Mohd Noor
Umur: 26 tahun
Alamat blog: http://notacikgushikin.blogspot.com/
Lokasi: Bentong, Pahang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...