Friday, October 7, 2011

Belajar Bahasa Inggeris

Teringat semasa dulu, semasa darjah 5...

Masa darjah 6, saya pernah baca karangan yang ditulis semasa darjah 5, memang tunggang langgang. Grammar ke mana, tenses ke mana...maksudnya jangan cakap la, memang tak faham. Tapi, semasa darjah 6 kelas saya telah diambil alih oleh seorang guru yang saya sayang, seorang guru yang memberi inspirasi cita-cita saya. Guru tersebut ialah Teacher Noor Murni. Beliau mengambil alih kelas 6H dan 6K pada tahun 1998 dan drill kami cukup-cukup. Masih saya ingat lagi, setiap hari kami akan belajar Bahasa Inggeris. Ahad hingga Khamis, jumaat dan sabtu. Tapi saya langsung tidak jemu belajar Bahasa Inggeris. Terima kasih teacher.

Kaedah pengajaran Teacher Noor Murni memang unik. Sehingga ke hari ini saya masih ingat hampir 90% apa yang teacher ajar dulu. Hari pertama, teacher suruh kami buat fail guna kad manila, letak paper fastener dan balut guna pembalut beruang teddy. Kemudian teacher bagi buku verb yang teacher tulis sendiri kemudian gelek guna kertas pendua. Saya masih ingat di muka depan buku verb tu ada gambar ulat yang comel. Tulisan teacher memang cantik dan kemas membuatkan saya jatuh cinta.

Pada setiap hari, tugasan wajib ialah menghafal VERB (kata perbuatan). Teacher tulis verb dalam bentuk column untuk meaning, root word, past tense, past participle, present continuous, dan single. Verb pertama ialah Begin-mula. Semua murid perlu hafal "Begin, Began, Begun, Beginning, Begins". Verb juga dibahagi mengikut jenis:

1) 123-column pertama kedua dan ketiga perkataan berbeza. Contoh: Begin, Began, Begun
2) 111-column pertama kedua dan ketiga sama. Contoh: Cut, cut, cut
3) 121-column pertama dan ketiga sama. Contoh: Come, came, come
4) 122 (ed)-column kedua dan ketiga sama dengan 'ed'. Contoh: Stop, Stopped, Stopped
5) 122(t) - column kedua dan ketiga sama dengan 't'. Contoh: Bend, Bent, Bent

Pada setiap hari, kami perlu menghafal 5 verb. Setiap kali mula kelas, teacher akan bagi sehelai kertas dan kami perlu tulis semula kelima-lima verb tersebut. Lengkap dari column pertama hingga keenam. Kemudian kami akan cek sendiri dan siapa yang betul semua akan dapat bintang dari teacher. Bila cukup 5 bintang, kami akan dapat hadiah. Pernah juga dapat hadiah tapi tak ingat berapa kali =).


Tugasan wajib kedua ialah VOCAB(vocabulary). Ada satu buku khas untuk vocab. Dalam buku ini kami buat garisan sebesar pembaris, lebih kurang 5 garisan dan penuh mukasurat. Teacher akan pilih satu petikan dalam buku teks dan kami perlu salin semula petikan tersebut di dalam setiap kotak dalam buku vocab dan selang satu baris untuk tulis maksud. Semua perlu buat di rumah, setiap kali mula kelas, murid akan semak bersama-sama dengan teacher maksud setiap perkataan. Kali pertama buat memang salah banyak sebab tak semua perkataan ada dalam kamus. Setiap salah kena buat pembetulan 5 kali. Tapi, setiap hari buat sehingga jumpa banyak perkataan yang dah pernah jumpa sebelum ni hingga lama kelamaan tiada lagi kesalahan.


Bersambung...

Tuesday, July 19, 2011

Petua Mengupas Bawang Tanpa Menangis Lagi


Apabila kita memotong bawang, sel akan pecah dan membebaskan kandungannya, asid amino sulfoksida yang membentuk asid sulfenik. Enzim yang dulunya terpisah akan bebas bercampur dengan asid sulfenik dan menghasilkan propanethiol S-oksida, bahan sulfur mudah meruap yang masuk ke dalam mata anda.

Gas yang terhasil akan bertindak balas dengan air di dalam mata dan menghasilkan asid sulfurik. Mata akan menghasilkan banyak air untuk mencuci asid sulfurik yang terhasil. Sebab itulah kita seolah-olah menangis apabila memotong bawang.


Sekarang, anda tidak perlu lagi memakai penutup mata atau memasang kipas semasa memasak.

Cuma,

1. Sejukkan bawang tersebut di dalam peti sejuk sebelum memotongnya atau
2. Memotong bawang di dalam air.

Kenapa?
Suhu yang rendah akan mengurangkan kadar tindak balas!
Selamat Mencuba!

Sumber: http://chemistry.about.com/od/chemistryfaqs/f/onionscry.htm

Sunday, July 17, 2011

Petua Memasak Air Gula

Apabila air dipanaskan, air akan mendidih pada suhu 100oC. Jika anda menambah garam, gula atau apa-apa bahan sekalipun ke dalam air tersebut sebelum dimasak, apakah yang akan berlaku?

Jika menambah sebarang bahan (bendasing):
1. Takat didih air akan meningkat dari
100oC kepada 102oC atau lebih
2. Masa yang diambil untuk air mendidih akan meningkat

Apa kaitan dengan memasak air gula?
- Biasanya apabila memasak air gula/ sirap, kita akan memasukkan gula ke dalam air kemudian baru direbus. Kalau demikian pasti masa yang diambil untuk air mendidih akan meningkat.

Isi penting:
- Didihkan air terlebih dahulu, kemudian masukkan gula ke dalam air dan kacau untuk membantu gula larut.
- Ini menjelaskan juga kenapa kita masukkan garam dalam masakan pada akhir bukan pada awal memasak.

Kenapa perlu ikut?
- Dapatlah kita menjimatkan masa dan gas memasak.

Petua Merebus Telur

Apabila air dipanaskan, air akan mendidih pada suhu 100oC. Kemudian, apa yang berlaku?

Setelah mencapai suhu 100oC,
1. air akan bertukar menjadi gas (wap air).
2. suhu tidak lagi meningkat sehingga semua air menjadi gas.

Apa kaitan dengan merebus telur?
Biasanya kita akan merebus telur sehingga kita rasa sudah masak barulah kita akan memadamkan api. Tapi, apa gunanya api lagi setelah air mendidih?- kerana suhu tidak akan meningkat lagi.

Isi penting:
- Setelah air mendidih, padamlah api dan tutup periuk anda supaya haba tidak terus hilang. Telur akan terus masak dengan haba yang terdapat dalam air yang telah mendidih tersebut.

Kenapa nak ikut?
- Dapatlah kita menjimatkan gas memasak.

Friday, July 15, 2011

The Effect of Metal on the Rusting of Iron (Kesan Logam ke atas Pengaratan Besi)

Experiment carried out by 5M students of SMK Khai Mun, 28700 Bentong, Pahang on 13th July 2011.

The picture below shows the set up of the apparatus to study the effect of other metal on the rusting of iron.

A: Iron nail only
B: Iron nail coiled with Magnesium strip
C: Iron nail coiled with copper strip
D: Iron nail coiled with Zinc strip
E: Iron nail coiled with tin strip
All of the nails and metal strips are placed in the same volume of agar+potassium hexacyanoferrate (III) solution + phenolphtalein

And the result shown as below (after 2 days, on 15th July 2011):


We can see the pink and blue colouration that that is formed in the test tubes.

Observation:
A: Low intensity of blue colouration
B: High intensity of pink colouration
C: High intensity of blue colouration
D: Low intensity of pink colouration
E: Low intensity of blue colouration (higher than A, but lower than C)

Explanation:
1. The high and low intensity of blue colouration shows the high and low quantity of iron(II) oxide ions present
2. The high and low intensity of pink colouration shows the high and low quantity of hydroxide ions present.

The function of the substances as below:
1. potassium hexacyanoferrate(III) solution : to detect the presence of Iron(II), Fe2+ ion by the blue colouration
2. Phenolphtalein: to detect the presence of hydroxide ion, OH-
3. Agar/jelly: to make sure the colouration can be seen clearly

Oxidation occurs when iron rust. Oxidation half equation: Fe -> Fe2+ + 2e

And something strange just happen, the Jumping Jelly!

Wednesday, October 6, 2010

Demonstrasi Kimia: Tindak Balas Unsur Kumpulan 1 dengan Air

  1. Unsur-unsur dalam kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali. Ini kerana logam dalam kumpulan ini membentuk oksida dan hidroksida yang akan membentuk alkali apabila larut dalam air.
  2. Unsur-unsur logam alkali terdiri daripada Litium, Natrium, Kalium, Rubidium, Sesium dan Fransium.
  3. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai bilangan elektron valen yang sama iaitu 1. Kesamaan ini menyebabkan mereka mempunyai sifat kimia yang sama.
  4. Semua logam alkali adalah sangat reaktif dan mesti disimpan di dalam minyak parafin supaya tidak bertindak balas dengan oksigen atau wap air di dalam udara.
  5. Unsur kumpulan 1 bertindak balas dengan air menghasilkan larutan hidroksida logam dan gas hidrogen. Larutan yang terhasil adalah bersifat alkali.
2Li + 2H2O --> 2LiOH + H2
2Na + 2H2O --> 2NaOH + H2
2K + 2H2O --> 2KOH + H2 

Tindak balas antara Kalium dan Air


Tindak balas antara Natrium dan Air. Ketulan besar menyebabkan letupan.

Tribute to: Tang Wei Mun (the photographer)

MNEMONIK Makronutrien dan Mikronutrien

Mnemonik merupakan satu kaedah mengingat yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran. Mnemonik berasal dari perkataan Greek mnēmonikos ...