Tarikh: 31 Mac 2016 (2 waktu) dan 1 April 2016 (1 waktu)
Aktiviti: Merancang Diet Seimbang bagi Individu Berbeza
Kelas: 2 Maju
1. Pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan.
2. Pelajar dibekalkan gambar individu berbeza (lelaki dewasa, lelaki tua, kanak-kanak lelaki, wanita dewasa, gadis remaja, wanita tua dan kanak-kanak perempuan).
3. Pelajar juga dibekalkan dengan Jadual kalori makanan Malaysia (saya dapati dari blog Cikgu Hailmi) atau boleh juga muat turun dari laman berikut : http://www.phhp.com.my/tbe/health_care/calorie-chart.html
4. Selain itu, pelajar juga dibekalkan dengan carta pengambilan kalori harian mengikut aktiviti yang dimuat turun dari laman berikut: https://www.getfit.tn.gov/fitnesstracker/calorie_levels.pdf
5. Pelajar perlu mengenal pasti jantina, umur dan aktiviti harian bagi individu dalam gambar yang dibekalkan.
6. Seterusnya, pelajar perlu merancang menu yang perlu diambil dalam sehari.
7. Sesi perbincangan mengambil masa selama dua waktu PdP manakala sesi pembentangan dijalankan pada hari berikutnya selama satu waktu PdP.
Kredit untuk Cikgu Hailmi:
http://www.cikguhailmi.com/2015/02/idea-pdp-sains-kalori-dan-diet.html
Muat turun bahan-bahan di SINI (google drive)
2 comments:
salam cikgu. cikgu masih simpan pdf untuk https://www.getfit.tn.gov/fitnesstracker/calorie_levels.pdf ni ke? sebab saya nak download tapi website dia tak boleh masuk
Salam hana syamsul. Maaf kerana lama tidak balas komen. Saya telah kemas kini semula entri ini dengan menyertakan link untuk muat turun bahan-bahan yang digunakan. Silakan muat turun dan guna di dalam kelas.
Post a Comment