Wednesday, October 30, 2019

Bidadari Burung oleh S.M Zakir



Pertama kali membaca tulisan S.M Zakir. Himpunan cerpen ini adalah untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Setiap penerangan dalam cerpen beliau begitu jelas menggambarkan kehidupan orang Melayu seperti cerpen Malam Bertangkup di Aidilfitri. Seterusnya, dapat dirasakan meremang bulu roma tatkala membaca cerpen Dang Sari Padi Menguning. Cerpen Dewa Cinta terasa sayu dan menyesakkan. Dalam cerpen Panggil Namaku Izrail boleh dirasakan sesaknya kehidupan yang menghimpit hingga membayangkan kematian seterusnya membuatku turut berfikir bahawa sakitnya mati lebih daripada sakitnya ujian di dunia ini. Seterusnya cerpen yang yang terakhir Bidadari Burung seolah meramal kehidupan hari ini ketika fahaman liberal semakin menular di kalangan masyarakat. Membaca cerpen tulisan saudara S. M Zakir perlukan tumpuan kerana kita mungkin tersesat di pertengahan andai ralit dan perlu mengulang semula. 

#bidadariburung #smzakir #cerpen #seawriteaward

No comments:

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...