Wednesday, October 30, 2019

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang


Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia, ahli perniagaan, pemain bola dan ahli politik.

#yangnakalnakal #usmanawang #cerpen #ahlipolitik

Bidadari Burung oleh S.M Zakir



Pertama kali membaca tulisan S.M Zakir. Himpunan cerpen ini adalah untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Setiap penerangan dalam cerpen beliau begitu jelas menggambarkan kehidupan orang Melayu seperti cerpen Malam Bertangkup di Aidilfitri. Seterusnya, dapat dirasakan meremang bulu roma tatkala membaca cerpen Dang Sari Padi Menguning. Cerpen Dewa Cinta terasa sayu dan menyesakkan. Dalam cerpen Panggil Namaku Izrail boleh dirasakan sesaknya kehidupan yang menghimpit hingga membayangkan kematian seterusnya membuatku turut berfikir bahawa sakitnya mati lebih daripada sakitnya ujian di dunia ini. Seterusnya cerpen yang yang terakhir Bidadari Burung seolah meramal kehidupan hari ini ketika fahaman liberal semakin menular di kalangan masyarakat. Membaca cerpen tulisan saudara S. M Zakir perlukan tumpuan kerana kita mungkin tersesat di pertengahan andai ralit dan perlu mengulang semula. 

#bidadariburung #smzakir #cerpen #seawriteaward

Sunday, October 20, 2019

Bilakah waktu subur anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Proses pengovulan merupakan proses di mana ovum dilepaskan dari ovari ke dalam tiub Fallopio. Dalam kitar haid, fasa pengovulan juga disebut fasa subur. Ini kerana sekiranya terdapat sperma di dalam tiub Fallopio, ovum akan disenyawakan dan kehamilan akan berlaku.

Kitar haid normal seorang perempuan berlaku antara 24 hingga 38 hari berbeza bergantung kepada individu. Namun, secara purata kitaran haid 28 hari biasa digunakan sebagai panduan untuk menghitung fasa subur juga menghitung tarikh jangkaan untuk melahirkan.

Seseorang wanita perlu mengetahui waktu subur masing-masing supaya mudah untuk merancang kehamilan atau merancang untuk hamil. Kaedah paling mudah adalah dengan menandakan di dalam kalendar setiap kali berlaku haid dan memerhatikan kitaran sama ada 28 hari ataupun berbeza. Setelah membuat penandaan pada kalendar, pasti kita dapat mengesan jumlah kitaran haid masing-masing.

Pada zaman kini, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dipasang dalam telefon pintar masing-masing bagi memudahkan kita menghitung waktu subur dan waktu haid. Anda boleh menggunakan kata kunci "period tracker" atau "my calendar" untuk memasang aplikasi ini.

 Period tracker
 Anda hanya perlu sentuh kartun comel untuk memasukkan data apabila haid bermula dan tamat.

Masukkan data

Setelah haid tamat anda dapat mengenalpasti jumlah hari dalam kitaran haid anda. Selepas beberapa bulan, anda akan dapat mengesan sama ada kitaran haid anda normal, teratur atau tidak.

Waktu subur ditanda dalam kalendar

Dengan cara ini kita dapat mengetahui bilangan hari kitar haid dan waktu subur masing-masing. Biasanya aplikasi ini memang boleh dipercayai. Selain kaedah ini, terdapat beberapa cara juga boleh digunakan untuk mengesan waktu subur. Ini kerana terdapat perubahan pada badan seorang perempuan pada waktu subur. Ini bergantung kepada badan masing-masing.

Ada perempuan yang merasa sakit pada bahagian abdomen, keluar bendalir berlebihan daripada faraj, payudara terasa bengkak dan sakit selain perubahan emosi dan selera makan. Sebab tu la bila seorang wanita marah-marah, orang selalu cakap "datang bulan la tu". Ha..ha..ha. Pengalaman saya sendiri, mata akan silau setiap kali hampir waktu datang bulan. Biasanya ini berlaku ketika memandu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kit meramal ovulasi atau Ovulation Prediction Kit yang boleh didapati di farmasi. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang OPK di laman CIKZA

Setelah mengetahui waktu subur masing-masing, anda boleh merancang kehamilan dan melaksanakan langkah-langkah seterusnya. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, ovum akan mati dan kitar haid akan diulang semula. 

Kita hanya merancang dan berusaha. Namun, perancangan Allah lebih hebat. Sekiranya kita telah berusaha kalau belum masanya mungkin tidak berhasil. Jangan putus asa, Allah yang lebih tahu semuanya. 

Sekian.

Monday, October 14, 2019

Eksplorasi Sains dan Matematik 2019 (dengan link untuk muat turun)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni cikgu rajin nak kemas kini blog pagi-pagi. Yay!

Hari ni cikgu nak ceritakan tentang lagi satu aktiviti sempena Minggu Sains dan Matematik Kolej Vokasional Alor Setar 2019 yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Aktiviti tersebut dinamakan Eksplorasi Sains dan Matematik.

Aktiviti ini diadakan untuk menarik minat para pelajar Kolej Vokasional Alor Setar untuk bergerak aktif sambil menguji minda dalam beberapa cabaran mudah berkaitan Sains dan Matematik. Para pelajar menyertai aktiviti ini secara berkumpulan mengikut bengkel masing-masing. Jadi, terdapat sebanyak sembilan memandangkan terdapat sembilan kursus di sini.

Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan dibekalkan satu sampul berisi klu untuk ke checkpoint dan kad untuk diisi tanda selesai melaksanakan tugasan. Mereka perlu melalui sembilan checkpoint dan melaksanakan tugasan mudah. Selepas pelajar melaksanakan tugasan, guru bertugas akan menandatangan kad yang disediakan dan menyerahkan klu untuk ke checkpoint seterusnya. Sekiranya mereka tidak dapat melaksanakan tugasan dalam tempoh masa yang diberi, penalti 3 minit akan diberikan. Pemenang ditentukan berdasarkan masa tiba di garisan penamat dan bilangan tugasan yang diselesaikan tanpa dikenakan penalti.

Senarai tugasan di checkpoint:
CP 1: Bahan kimia
CP 2: Sudoku
CP 3: Masukkan telur ke dalam kelalang kon
CP 4: Teka teki dan soalan Matematik
CP 5: Menulis warna pelangi
CP 6: Operasi songsang
CP 7: Melengkap litar
CP 8: Aerofoil
CP 9: Luas dan Perimeter

Dapatan:
1. Penalti 3 minit boleh digantikan dengan denda lain yang lebih menarik supaya pelajar lebih seronok dan teruja. Contohnya, menyanyikan lagu atau melakonkan babak yang melucukan.


 Kad tugasan


 Klu ke checkpoint


 Klu dan kad tugasan dalam sampul dibekalkan kepada pelajar


Salah satu aktiviti Sains

Salah satu aktiviti Sains

Ps: Gambar tak banyak sebab laporan dua bulan kemudian. ha ha ha..

Link untuk muat turun di SINI (google drive):
Klu: Cetak di atas kad keras
Kad tugasan: Cetak di atas kad keras
Cabaran di setiap checkpoint: Cetak pada kertas A4 dan berikan kepada setiap petugas checkpoint

Sunday, October 13, 2019

Cabaran Fotografi 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.


Pada bulan Ogos yang lepas telah diadakan Minggu Sains dan Matematik. Salah satu aktiviti minggu sains adalah Cabaran Fotografi. Cabaran ini pernah diadakan pada tahun 2016 di sekolah tempat bertugas dahulu iaitu di SMJK Khai Mun, Bentong, Pahang. Penyertaan sangat memberangsangkan dan hasilnya juga tidak kurang hebat. Saya akan menulis hantaran di masa akan datang tentang Cabaran Fotografi 2016.

 Poster pertandingan (guna semula yang lama. Edit saja..hihi)


Berbalik kepada Cabaran Fotografi 2019 yang lepas, pertandingan ini bertemakan Flora dan Fauna. Pelajar boleh mengambil foto hanya di sekitar kolej sahaja. Terdapat beberapa penyertaan daripada pelajar SVM dan DVM dari pelbagai kursus. Rupanya para pelajar Kolej Vokasional Alor Setar memang berbakat besar dalam menghasilkan foto yang kreatif . Berikut adalah lima pemenang yang terpilih.


Tempat kelima:
SITI AISHAH BT SHAMSUDIN 
SVM 2 
Pengurusan Perniagaan 


Tempat keempat:
SYAZANI IZZULFITRI BIN CHE AZIS
DVM 1
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara 
  

 Tempat ketiga:
NUR FATIN SYUHADA BT MANSOR
SVM 2
Teknologi Elektronik




 Tempat kedua:
MUHAMMAD HAKIMIE BIN KHAZALI
DVM 1
Sistem Komputer dan Rangkaian


Tempat pertama:
MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ZAINOL ABIDIN  
DVM 1
Teknologi Elektrik



Tempat pertama:
MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ZAINOL ABIDIN  
DVM 1
Teknologi Elektrik


 
 Tempat kedua:
MUHAMMAD HAKIMIE BIN KHAZALI
DVM 1
Sistem Komputer dan Rangkaian

 Tempat ketiga:
NUR FATIN SYUHADA BT MANSOR
SVM 2
Teknologi Elektronik


 Tempat keempat:
SYAZANI IZZULFITRI BIN CHE AZIS
DVM 1
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara 
 
 Tempat kelima:
SITI AISHAH BT SHAMSUDIN 
SVM 2 
Pengurusan Perniagaan

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...