Proses pengovulan merupakan proses di mana ovum dilepaskan dari ovari ke dalam tiub Fallopio. Dalam kitar haid, fasa pengovulan juga disebut fasa subur. Ini kerana sekiranya terdapat sperma di dalam tiub Fallopio, ovum akan disenyawakan dan kehamilan akan berlaku.
Kitar haid normal seorang perempuan berlaku antara 24 hingga 38 hari berbeza bergantung kepada individu. Namun, secara purata kitaran haid 28 hari biasa digunakan sebagai panduan untuk menghitung fasa subur juga menghitung tarikh jangkaan untuk melahirkan.
Seseorang wanita perlu mengetahui waktu subur masing-masing supaya mudah untuk merancang kehamilan atau merancang untuk hamil. Kaedah paling mudah adalah dengan menandakan di dalam kalendar setiap kali berlaku haid dan memerhatikan kitaran sama ada 28 hari ataupun berbeza. Setelah membuat penandaan pada kalendar, pasti kita dapat mengesan jumlah kitaran haid masing-masing.
Pada zaman kini, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dipasang dalam telefon pintar masing-masing bagi memudahkan kita menghitung waktu subur dan waktu haid. Anda boleh menggunakan kata kunci "period tracker" atau "my calendar" untuk memasang aplikasi ini.
Period tracker
Masukkan data
Setelah haid tamat anda dapat mengenalpasti jumlah hari dalam kitaran haid anda. Selepas beberapa bulan, anda akan dapat mengesan sama ada kitaran haid anda normal, teratur atau tidak.
Waktu subur ditanda dalam kalendar
Dengan cara ini kita dapat mengetahui bilangan hari kitar haid dan waktu subur masing-masing. Biasanya aplikasi ini memang boleh dipercayai. Selain kaedah ini, terdapat beberapa cara juga boleh digunakan untuk mengesan waktu subur. Ini kerana terdapat perubahan pada badan seorang perempuan pada waktu subur. Ini bergantung kepada badan masing-masing.
Ada perempuan yang merasa sakit pada bahagian abdomen, keluar bendalir berlebihan daripada faraj, payudara terasa bengkak dan sakit selain perubahan emosi dan selera makan. Sebab tu la bila seorang wanita marah-marah, orang selalu cakap "datang bulan la tu". Ha..ha..ha. Pengalaman saya sendiri, mata akan silau setiap kali hampir waktu datang bulan. Biasanya ini berlaku ketika memandu.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kit meramal ovulasi atau Ovulation Prediction Kit yang boleh didapati di farmasi. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang OPK di laman CIKZA.
Setelah mengetahui waktu subur masing-masing, anda boleh merancang kehamilan dan melaksanakan langkah-langkah seterusnya. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, ovum akan mati dan kitar haid akan diulang semula.
Kita hanya merancang dan berusaha. Namun, perancangan Allah lebih hebat. Sekiranya kita telah berusaha kalau belum masanya mungkin tidak berhasil. Jangan putus asa, Allah yang lebih tahu semuanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment