Monday, October 14, 2019

Eksplorasi Sains dan Matematik 2019 (dengan link untuk muat turun)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni cikgu rajin nak kemas kini blog pagi-pagi. Yay!

Hari ni cikgu nak ceritakan tentang lagi satu aktiviti sempena Minggu Sains dan Matematik Kolej Vokasional Alor Setar 2019 yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Aktiviti tersebut dinamakan Eksplorasi Sains dan Matematik.

Aktiviti ini diadakan untuk menarik minat para pelajar Kolej Vokasional Alor Setar untuk bergerak aktif sambil menguji minda dalam beberapa cabaran mudah berkaitan Sains dan Matematik. Para pelajar menyertai aktiviti ini secara berkumpulan mengikut bengkel masing-masing. Jadi, terdapat sebanyak sembilan memandangkan terdapat sembilan kursus di sini.

Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan dibekalkan satu sampul berisi klu untuk ke checkpoint dan kad untuk diisi tanda selesai melaksanakan tugasan. Mereka perlu melalui sembilan checkpoint dan melaksanakan tugasan mudah. Selepas pelajar melaksanakan tugasan, guru bertugas akan menandatangan kad yang disediakan dan menyerahkan klu untuk ke checkpoint seterusnya. Sekiranya mereka tidak dapat melaksanakan tugasan dalam tempoh masa yang diberi, penalti 3 minit akan diberikan. Pemenang ditentukan berdasarkan masa tiba di garisan penamat dan bilangan tugasan yang diselesaikan tanpa dikenakan penalti.

Senarai tugasan di checkpoint:
CP 1: Bahan kimia
CP 2: Sudoku
CP 3: Masukkan telur ke dalam kelalang kon
CP 4: Teka teki dan soalan Matematik
CP 5: Menulis warna pelangi
CP 6: Operasi songsang
CP 7: Melengkap litar
CP 8: Aerofoil
CP 9: Luas dan Perimeter

Dapatan:
1. Penalti 3 minit boleh digantikan dengan denda lain yang lebih menarik supaya pelajar lebih seronok dan teruja. Contohnya, menyanyikan lagu atau melakonkan babak yang melucukan.


 Kad tugasan


 Klu ke checkpoint


 Klu dan kad tugasan dalam sampul dibekalkan kepada pelajar


Salah satu aktiviti Sains

Salah satu aktiviti Sains

Ps: Gambar tak banyak sebab laporan dua bulan kemudian. ha ha ha..

Link untuk muat turun di SINI (google drive):
Klu: Cetak di atas kad keras
Kad tugasan: Cetak di atas kad keras
Cabaran di setiap checkpoint: Cetak pada kertas A4 dan berikan kepada setiap petugas checkpoint

No comments:

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...