Thursday, October 10, 2019

Kek Model Atom

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya ingin mengisahkan tentang kelas pdpc yang sebenarnya telah dilaksanakan pada tahun 2016. Disebabkan kekangan masa saya tidak dapat menulis hantaran lebih awal. Idea bagi menjalankan aktiviti ini diperoleh mungkin dari kumpulan Cikgu Kimia Kreatif di Laman Muka Buku atau mungkin juga dari kumpulan Guru Kimia Malaysia di aplikasi Telegram.

Mata pelajaran: Kimia tingkatan 4
Subtopik: Perkembangan Model Atom

Dalam sukatan mata pelajaran Kimia tingkatan 4, terdapat lima saintis yang menyumbang kepada perkembangan model atom, John Dalton, J.J Thomson, Ernest Rutherford, Neils Bohr dan James Chadwick. Pada kebiasaannya, guru hanya meminta murid membuat pembentangan kumpulan bagi setiap model atom. Pada kali ini, guru boleh menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan murid. Pasti semua suka.

Bahan-bahan: Kek berbentuk bulat (satu kek boleh dibahagi kepada dua), sirap coklat dan gula-gula berwarna-warni.
Cara: murid menghasilkan model atom dengan menggunakan kek, gula-gula (sebagai proton, neutron dan elektron) dan sirap coklat untuk melukis petala.

Hasilnya boleh dilihat dalam foto-foto berikutnya.

Dapatan: 
1. Aktiviti ini akan menggunakan masa yang panjang hanya untuk satu topik yang pendek. Guru perlu merancang dengan teliti bagi penggunaan masa yang lebih baik.
2. Sirap coklat jenama Hershey yang saya gunakan agak sukar untuk melukis di atas kek.
3. Murid bergembira! Sememangnya murid gembira jika guru melakukan sebarang aktiviti bersama mereka. (^_^)


Model atom John Dalton (tak buat kek sebab mudah aje)

Model atom J.J Thomson
Model atom Ernest Rutherford
 
Model atom Niels Bohr

Model atom James Chadwick


 Elisa, Intan, Lok Choe Whye dan Haziq (mencuba mengingat kembali nama-nama)


 Sam Pui Yee

 Teh Wan Jun, 
Lok Chi Cheng, Sam Jie Yi, Loo Wing Lam


Maafkan cikgu sebab tak ingat nama. Kalau salah tolong betulkan. Saya akan cuba mengingat semula dan kemas kini nanti (T_T)

Lepas dah bergembira, saya juga akan mengajar cara mengingat model-model atom ini supaya dapat membantu dalam menjawab soalan. Saya menggunakan kaedah mnemonik yang asalnya diperkenalkan oleh Cikgu Zulkifli Mahmood, guru cemerlang kimia yang mengajar di SMK Chini Timur dengan sedikit penambahan. Berikut adalah mnemonik tersebut:


Cara baca:
John JJ earning nil sebab jual cendol (maksudnya John JJ tak dapat apa-apa pendapatan sebab jual cendol).

Penambahan AEPON di sebelah adalah untuk penemuan oleh saintis tersebut secara ringkas.
A untuk Atom, E untuk Elektron, P untuk Proton, O untuk Orbit dan N untuk Neutron.

John Dalton mengemukan model Atom pertama
JJ Thomson menemukan Elektron
Earnest Rutherford menemukan Proton
Niels Bohr menyatakan elektron bergerak dalam Orbit
James Chadwick menemukan Neutron 

Murid tak perlu menghafal, anda boleh menulis berulang kali sampai ingat.


Boleh rujuk maklumat lebih lanjut tentang perkembangan model atom di SINI.

Selamat mencuba! Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

salam cikgu saya minta ilmunya ye . terima kasih :)

CikguShikin said...

Silakan cik. Suka dapat membantu.

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...