Wednesday, October 15, 2008

Raya lagi

Tahun ni entah bila jamuan hari raya peringkat UPSI? Berkira-kira nak makan nasi impit kuah sup...sedappp. Hari ni ada sahabat-sahabatku yang rajin dan pandai masak buat rumah terbuka, tapi terbuka untuk yang dijemput saja la. Nadiah dengan laksanya, Yana dengan popianya yang aku tak sempat nak makan banyak-banyak dan Shima dengan nasi impit kuah kacang dan kuah lemaknya. Hmmm...selera. Dalam semua menu, popia yang paling banyak aku makan. Tapi oleh kerana ada janji temu seterusnya, tak dapat aku nak tinggal lagi menghabiskan apa yang tinggal!


Tukang masak dan tukang makan

Popiah cik Yana

Sedapnya...sebab cantiknya...dah abis makan lontong baru tau ikan bilis tu utk makan dengan lontong..huhu


Nasi impit, kuah lemak dan kuah kacang kepunyaan Shima.
Kuah lemak yang menarik tak?
Nasi impit yang tawar kalau dimakan begitu saja.


Nadiah dan laksanya. Yana jgn marah takde pose dengan popiahnya.

Jamuan Hari Raya peringkat KAB: 18 Oktober 2008 (Sabtu), 8.30 malam, Foyer KAB

Jamuan Hari Raya PS Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi: 18 Oktober 2008 (Sabtu), Rumah Persatuan

Jamuan Hari Raya Abang Zul: 18 Oktober 2008 (Sabtu), di Rumah Abang Zul

Wahhhhhhhhh...rezeki melimpah, Alhamdulillah.

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...