Sunday, November 13, 2011

Ada apa di Bentong # Air Terjun Chamang

Kali ni saya nak cerita tentang Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang. Kadang-kadang saya suka jugak pergi jalan-jalan di sana. Tempat ini lebih kurang 20 minit dari Bandar Bentong. Dari Bandar Bentong menghala ke Raub, anda perlu belok di satu simpang ke kiri berhampiran Bentong Point. Dari simpang tersebut terus saja sampai ke Air Terjun Chamang. Kalau ikutkan jaraknya tak jauh sangat tapi oleh sebab jalannya bengkang bengkok jadi ambil masa yang lebih lama untuk sampai. Kalau anda nak ke sana dalam masa terdekat ni kena berhati-hati sebab sekarang ni diorang tengah baiki jalan. Jalannya dipotong sampai tinggal muat-muat sebuah kereta je. Agak best jugak la kat sini tapi saya tak pernah lagi mandi di sana, setakat pergi menikmati pemandangan je. Pastu kat sana takde la ramai sangat yang menjual. So, sebelum pergi bawak makanan sendiri tau.

Jika anda datang dari Kuala Lumpur, ambil lebuhraya KL-Karak. Anggaran perjalanan dari tol Gombak ke Tol Bentong lebih kurang 30-45 minit. Selepas membayar tol di Tol Bentong, anda boleh ambil susur keluar Bentong Barat. Teruskan perjalanan sehingga anda sampai di simpang tiga berhampiran Shell Ketari (Shell di sebelah kiri). Belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan. Anda akan melalui kawasan Sungai Marong di mana terdapat signboard besar 'BENTONG' (sebelah kanan) dan berhenti di lampu isyarat.

Teruskan perjalanan, anda akan melalui kawasan perniagaan baru iaitu Bentong Prima. Kat sana, anda boleh la singgah ke Marrybrown, Pizza Hut, Domino, Al Azmi Bistro atau Medan Selera Kampung baru. Teruskan perjalanan  selepas jambatan Bentong yang tak berapa besar tu dan melalui Bangunan Majlis Perbandaran Bentong serta Bentong Vega Mall (supermarket terbesar di Bentong di sebelah kanan jalan).

Teruskan perjalanan ke dalam Bandar Bentong dan ikut arah ke Raub. Selepas Masjid Bandar Bentong di atas Bukit, anda akan melalui kawasan Bentong Point dan simpang ke Chamang di sebelah kiri selepas Bentong Point.

Ps: Baru semalam terdengar lagi kes kematian di Air Terjun Chamang. Jika anda ke sini, diharap anda lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau




Monday, October 31, 2011

Karnival Usahawan Desa Sg Petani

Entri kali ni adalah antara entri yang banyak gambar sebab saya memang excited sangat nak cerita pengalaman pertama kali tengok autoshow (lantak la orang lain dah cemuih pun). Selepas kenal dengan blog Gilamodified milik incik Khairul, saya jadi gila sebentar tengok kereta-kereta modified ni. Jadi, pada cuti sempena Deepavali yang lalu saya telah pulang ke kampung dan berkesempatan untuk menghadiri Karnival Usahawan Desa yang diadakan selama 4 hari (27-30 Oktober) di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Saya nampak jugak incik Khairul tapi segan pulak nak tegoq..hehe..

Gambar-gambar di bawah merupakan antara kereta-kereta yang terlibat








Mini bersama model tak berbayar.

Alza di bawah ni pun konsep VIP jugak.

Ibu mengandung pun sebok nak posing jugak.


Kat bawah ni kereta Spiderman milik Cik Wahida..(model tu bukan cik Wahida ye). Memang cun. Saya paling suka spider kat rim tu..





Kereta viva di bawah ini di'modify' ikut gaya VIP. Fuyyo, memang merlip merlap aih. Siap ada akuarium lagi (dengan ikan sekali) Akuarium tu kat roof top pun ada. Kalau bocor memang mandi air ikan la jawabnya.



Quote for the day: Mini my 2nd Bini (I like!)

Thursday, October 27, 2011

Penangan Beckham

Beckham ialah seekor kucing...sekarang dah makin gemuk si Beckham. Paling penting sekali, Beckham pantang dicabar. Tapi cik Jue memang suka mencabar Beckham.Padan muka kena penangan Beckham. Sila tengok video sampai habis tau.



video

Saturday, October 22, 2011

Pulau Chekas, Raub, Pahang

Sebelum ni ada beberapa orang yang tanya di mana gambar dalam header di atas diambil. Lokasinya adalah tempat rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang, lebih kurang 15 minit dari Bandar Raub. Nama aja Pulau tapi bukan isolated pun, macam sungai biasa cuma tak ada air terjun la. Di bawah ini merupakan gambar asal sebelum di'crop'.

Di sebelah kanan gambar ada jambatan. View memang cantik. Sungai tu besar juga sebenarnya tapi tak masuk semua dalam gambar. Berikut antara pemandangan yang dapat dilihat di Pulau Chekas. Selamat Berkunjung ke Raub, Pahang.Katak besar

Pemandangan dari kerusi bawah pokok.

Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah Daerah Bentong 2011

Setelah empat hari, selesai sudah Kursus Kenaikan Pangkat KRS Daerah Bentong bagi Tahun 2011 yang diadakan di Pulau Santap, Janda Baik. Seramai 30 kadet putera dan 17 kadet puteri tingkatan 3 dan 2 dari seluruh daerah Bentong telah mengambil bahagian. Selepas hari pertama memang ramai yang nak balik rumah terutamanya Stephen Sigar dari SMK Katholik, yang lain pun nak balik juga tapi diamkan aja. Macam-macam perangai para kadet yang hadir, yang macam sotong, kadet cina yang fasih cakap melayu dan macam-macam lagi. Ada juga yang tak pernah dengar perkataan Orienteering. Untuk entri ini, layan dulu gambar semasa aktiviti kawad kaki. Nak upload banyak tak sempat jap gi nak keluar. Nanti cikgu upload lagi.

Tuan Mohd Sidek bin Jamaluddin


Tuan Zubir bin Zulkefli

Stephen Sigar sedang mengawadkan skuad

P13 sedang mengawadkan skuad

L4 yang kontroversi

Sebahagian kadet putera

Berkawad dalam hujan

18 Kadet terbaik untuk kawad kaki



Wednesday, October 19, 2011

Kedai Mamak Jalan Gambut

Bila berkunjung ke Kuantan, antara tempat yang wajib dikunjungi ialah Kedai Mamak Jalan Gambut yang terletak bersebelahan Syarikat Khelass. Dari depan kedai boleh nampak Pejabat MARA. Kalau ada yang masih tak tahu, kedai ini juga berhampiran dengan Kuantan Parade. Kedai ni kecik je, kat tepi jalan je tapi dia punya mee goreng dan sup ayam paling best. Sup tu pekat dan ayam pun banyak, makan dengan roti memang best. Roti pun memang diorang buat sendiri.

Kalau tak silap, harga mee RM 4.00 sepinggan, sup RM 4.00 semangkuk dan roti RM 0.30 satu set.

Friday, October 7, 2011

Belajar Bahasa Inggeris 2

Sambungan...

Dalam entri sebelum ini, saya telah kongsikan kelas Bahasa Inggeris teacher Noor Murni semasa berada dalam darjah 6.

Selain VERB dan VOCAB yang wajib, setiap hari juga kami akan belajar GRAMMAR. Teacher akan bagi satu kertas yang ada ayat-ayat pendek. Ayat-ayat pendek tersebut adalah berkaitan dengan grammar yang akan dipelajari. Contohnya, Verb to be (am is are was were). So, semua ayat dalam kertas tu adalah ayat untuk mengesan perkataan yang mana satu untuk diisi di tempat kosong. Teacher ajar cara untuk cari tanda masa supaya dapat tau verb yang mana satu yang perlu digunakan. Grammar termasuklah preposition, conjunction, verb to do, verb to be dan verb to has.

Selain itu, kadang-kadang teacher akan bagi perkataan yang bombastik, perkataan fancy yang kita boleh guna untuk sedapkan lagi ayat kita. Teacher juga bagi perkataan-perkataan yang mempunyai banyak maksud yang kami salin dalam buku, di mukasurat tengah atau di belakang.

Berkat usaha teacher dan kelas yang diadakan setiap hari, Alhamdulillah, pencapaian Bahasa Inggeris saya semakin meningkat. Bila saya masuk ke tingkatan 1, hari pertama dapat kawan baru dia bertanya saya dari sekolah mana. Bila saja saya sebut dari SK Haji Nyak Gam, dia menyambung..."ooo budak sekolah tu pandai Bahasa Inggeris kan". Hmmm...

Namun demikian, semasa peperiksaan UPSR tahun 1998 orang cakap format peperiksaan untuk Bahasa Inggeris telah berubah. Walaupun saya cuma dapat B dalam Bahasa Inggeris UPSR, saya tidak pernah sedih atau menyesal kerana saya bangga dengan Bahasa Inggeris saya. Tapi sekarang saya agak kurang membaca menyebabkan vocab agak terhad dan mungkin tidak dapat menggunakan ayat yang tepat grammar dan maksudnya.

TERIMA KASIH TEACHER NOOR MURNI...I LOVE YOU SO MUCH.

SEMOGA ALLAH MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADA TEACHER MURNI, CIKGU ALIAS DAN KELUARGA DUNIA DAN AKHIRAT

Teacher Noor Murni bt Ahmad

Cikgu Alias (suami teacher)

Link

Belajar Bahasa Inggeris

Teringat semasa dulu, semasa darjah 5...

Masa darjah 6, saya pernah baca karangan yang ditulis semasa darjah 5, memang tunggang langgang. Grammar ke mana, tenses ke mana...maksudnya jangan cakap la, memang tak faham. Tapi, semasa darjah 6 kelas saya telah diambil alih oleh seorang guru yang saya sayang, seorang guru yang memberi inspirasi cita-cita saya. Guru tersebut ialah Teacher Noor Murni. Beliau mengambil alih kelas 6H dan 6K pada tahun 1998 dan drill kami cukup-cukup. Masih saya ingat lagi, setiap hari kami akan belajar Bahasa Inggeris. Ahad hingga Khamis, jumaat dan sabtu. Tapi saya langsung tidak jemu belajar Bahasa Inggeris. Terima kasih teacher.

Kaedah pengajaran Teacher Noor Murni memang unik. Sehingga ke hari ini saya masih ingat hampir 90% apa yang teacher ajar dulu. Hari pertama, teacher suruh kami buat fail guna kad manila, letak paper fastener dan balut guna pembalut beruang teddy. Kemudian teacher bagi buku verb yang teacher tulis sendiri kemudian gelek guna kertas pendua. Saya masih ingat di muka depan buku verb tu ada gambar ulat yang comel. Tulisan teacher memang cantik dan kemas membuatkan saya jatuh cinta.

Pada setiap hari, tugasan wajib ialah menghafal VERB (kata perbuatan). Teacher tulis verb dalam bentuk column untuk meaning, root word, past tense, past participle, present continuous, dan single. Verb pertama ialah Begin-mula. Semua murid perlu hafal "Begin, Began, Begun, Beginning, Begins". Verb juga dibahagi mengikut jenis:

1) 123-column pertama kedua dan ketiga perkataan berbeza. Contoh: Begin, Began, Begun
2) 111-column pertama kedua dan ketiga sama. Contoh: Cut, cut, cut
3) 121-column pertama dan ketiga sama. Contoh: Come, came, come
4) 122 (ed)-column kedua dan ketiga sama dengan 'ed'. Contoh: Stop, Stopped, Stopped
5) 122(t) - column kedua dan ketiga sama dengan 't'. Contoh: Bend, Bent, Bent

Pada setiap hari, kami perlu menghafal 5 verb. Setiap kali mula kelas, teacher akan bagi sehelai kertas dan kami perlu tulis semula kelima-lima verb tersebut. Lengkap dari column pertama hingga keenam. Kemudian kami akan cek sendiri dan siapa yang betul semua akan dapat bintang dari teacher. Bila cukup 5 bintang, kami akan dapat hadiah. Pernah juga dapat hadiah tapi tak ingat berapa kali =).


Tugasan wajib kedua ialah VOCAB(vocabulary). Ada satu buku khas untuk vocab. Dalam buku ini kami buat garisan sebesar pembaris, lebih kurang 5 garisan dan penuh mukasurat. Teacher akan pilih satu petikan dalam buku teks dan kami perlu salin semula petikan tersebut di dalam setiap kotak dalam buku vocab dan selang satu baris untuk tulis maksud. Semua perlu buat di rumah, setiap kali mula kelas, murid akan semak bersama-sama dengan teacher maksud setiap perkataan. Kali pertama buat memang salah banyak sebab tak semua perkataan ada dalam kamus. Setiap salah kena buat pembetulan 5 kali. Tapi, setiap hari buat sehingga jumpa banyak perkataan yang dah pernah jumpa sebelum ni hingga lama kelamaan tiada lagi kesalahan.


Bersambung...