Sunday, April 10, 2016

Kimia Tingkatan 4: Formula Ion dan Formula Kimia

(Link untuk muat turun di hujung artikel)

Idea Permainan Jigsaw Puzzle ini mula-mula saya kenal semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bagi subjek Kaedah Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran Kimia, pensyarah memberi tugasan untuk mereka cipta sejenis permainan untuk mengajar sebarang topik Kimia sekolah menengah. Setelah membuat rujukan dalam internet, saya mendapati terdapat sejenis permainan yang dinamakan chemistry jigsaw puzzle. Permainan ini mula diterbitkan oleh Omer Roucoux pada tahun 1978. Sumber: http://www.harmsy.freeuk.com/jigsaw.html

Pada ketika itu, saya dan rakan sekumpulan, Nadiah Najme, mula menyediakan kepingan puzzle dengan menggunakan mounting board. Agak sukar untuk menyediakan puzzle tersebut kerana mounting board yang keras dan tidak boleh dipotong menggunakan gunting melainkan menggunakan pisau sahaja. Namun, setelah siap dan dibentangkan di dalam kelas, Alhamdulillah pembentangan kami mendapat pujian dari pensyarah. Kepingan puzzle yang kami buat juga pensyarah minta untuk jadikan contoh kepada adik-adik junior. Sayangnya, saya tak ingat nama pensyarah tersebut (ampunkan saya..T_T).

Pada tahun lepas, saya cuba untuk menghasilkan sekali lagi kepingan puzzle yang sama dengan menggunakan mounting board juga dan inilah hasilnya.


Kepingan puzzle ini telah digunakan dalam PdP kelas 4 Maju pada tahun 2015. Namun demikian, saya mendapati murid menghadapi beberapa masalah:

1.       Masalah untuk membina formula molekul kerana bilangan kepingan puzzle yang terhad (perlu pinjam dari kumpulan lain).

2.       Pada kepingan puzzle tersebut, telah disertakan cas bagi setiap ion. Apabila menulis formula kimia, murid cenderung untuk menulis cas bagi ion juga.

3.       Pada kepingan puzzle tidak disertakan nama ion. Murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti setiap ion.



Selain itu, melalui perbincangan dengan guru-guru kimia dalam group Telegram, guru-guru lain juga banyak menyumbangkan idea-idea baru untuk penambahbahbaikkan kepingan puzzle ini.

Pada tahun 2016 ini, saya telah menyediakan kepingan puzzle yang baru dengan menggunakan kertas A4 dan laminate untuk tahan lebih lama. Jadi, tak perlu lagi bersusah payah memotong mounting board yang keras tu. Kepingan puzzle juga dapat dihasilkan dengan lebih banyak dalam masa yang singkat supaya murid tidak perlu meminjam dari kumpulan lain. Selain itu, saya juga telah melakukan beberapa penambahbaikan.

1.       Pada kepingan puzzle tidak ditulis cas bagi setiap ion. Murid hanya merujuk bilangan lekuk dan bilangan unjuran yang terdapat pada puzzle. Lekuk menunjukkan cas positif (boleh kaitkan dengan pendermaan elektron) manakala unjuran/lebihan menunjukkan cas negatif (boleh kaitkan dengan penerimaan elektron).

2.       Pada kepingan puzzle, disertakan nama bagi ion tersebut. Ini bagi membolehkan murid menulis nama sebatian yang terbina.

3.       Kad arahan yang lebih ringkas dan lengkap supaya murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik.

Set yang dibekalkan kepada setiap kumpulan. Setiap set telah dirancang supaya murid dapat membina sebatian tertentu.

Selepas aktiviti dijalankan, saya mendapati murid lebih mudah menulis formula kimia dan nama bagi sebatian yang dibina. Ini kerana mereka tidak lagi terganggu dengan nilai cas yang terdapat pada kad (rujuk gambar pertama dan kedua).


 







 Inilah hasilnya. Kalau cikgu tak suruh berhenti, mesti banyak lagi formula sebatian yang keluar, sampai tak muat kertas. Nampaknya, memang mereka faham cara membina formula kimia bagi sebatian.

Setelah melakukan penambahbaikan terhadap kepingan puzzle ini, murid dapat membina dan menulis formula bagi sebatian lebih banyak berbanding tahun 2016. Diharap murid mendapat gambaran pembentukan sebatian antara dua ion yang berbeza cas. 

Selepas tamat pembentangan, guru menunjukkan kaedah lain (tanpa menggunakan kepingan puzzle) untuk membina formula kimia sebatian.


Cara menulis formula kimia dan nama bagi sebatian yang terbina

 Contoh sebatian yang boleh dibina (Cas +1 dan -1)


  Contoh sebatian yang boleh dibina (Cas +2 dan -1)



   Contoh sebatian yang boleh dibina (Cas +1 dan -1)

Muat turun Chemistry puzzle: Anion  dan  Kation


6 comments:

Aien Tulip said...

Assalammualaikum cgu..aktiviti ni sgt menarik..ada softcopy kad tu x?kalo ada, bole anta ke email aien_tulip@yaho.com x?

CikguShikin said...

Cikgu Aien Tulip. Saya aada sertakan link untuk muat turun. Boleh cuba download kat sana.

Elmarie Potgieter said...

Well done!

CikguShikin said...

Thank you Elmarie Potgieter

Noor Izwati said...

tahniah cikgu shikin!!!

CikguShikin said...

Terima kasih saudari :-)

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...