Sunday, April 29, 2012

Ikan Jerung Boleh Bernafas di Darat

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Filem SeeFood merupakan filem animasi oleh rakyat Malaysia. Pada mulanya saya agak hairan kenapa sejak bulan Januari promo bagi filem ini telah ditayangkan di televisyen sedangkan filem akan mula ditayangkan di pawagam pada bulan Mac. Rupa-rupanya ini filem hasil titik peluh rakyat Malaysia sendiri. Saya baru berpeluang menonton filem ini hari ini. Filem ini sangat berkualiti dengan jalan cerita yang lain dari yang lain serta sarat dengan mesej yang menginsafkan. Selain itu, filem ini juga telah mencetuskan tanda tanya tentang sesuatu...

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seekor anak jerung buluh (brown banded bamboo shark) bernama Pup yang mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur dari kawasan perairannya. Antara watak lain seperti 'whitetip shark' yang sentiasa ditemani tiga ekor 'pilot fish', penyu yang banyak pengalaman, sotong yang bijak dan ikan pari biru.

Filem ini memang sarat dengan mesej yang perlu kita ambil peduli. 

1. Pembuangan sisa toksik dari industri perlu segera dibendung kerana sisa tersebut yang mengalir ke sungai dan seterusnya ke laut akan membahayakan hidupan di air.
2. Pembuangan sisa pepejal juga membahayakan. Contohnya, plastik yang boleh menyebabkan hidupan tidak dapat bernafas. Hidupan laut juga mungkin memakan sisa pepejal yang difikir makanan dan ini akan membahayakan.
3. Pemburuan ikan jerung untuk mendapatkan sirip juga perlu dihentikan kerana ini akan menggangu ekosistem serta mungkin menyebabkan jerung pupus satu ketika nanti.
4. Ikan jerung sebenarnya tidak membahayakan seperti yang ditayangkan dalam filem Jaws satu ketika dulu tetapi ikan jerung hanya bertindak mempertahankan diri.
5. Penggunaan bilah enjin bot menyebabkan cengkerang penyu rosak dan boleh juga menyebabkan kematian.

Selain itu, setelah menonton filem ini, saya tertanya-tanya benarkah ikan jerung dapat bernafas di air? Dari carian google, ini maklumat yang saya jumpa dari website http://www.tnaqua.org/newsroom/OJ_Shark_Species.asp.


Rupa-rupanya ikan jerung buluh seperti dalam filem SeeFood ini boleh hidup di luar air sehingga 12 jam dan ikan jerung ini ditemui di India, Malaysia, Indonesia, China, Jepun, Filipina dan utara Australia. Ini sangat sesuai dengan Filem SeeFood ini.

 Telur jerung buluh

 Jerung buluh (Pup)
  
 
Whitetip shark (Julius)

Saya sebagai anak Malaysia turut berbangga dengan hasil usaha Silver Ant ini. Semoga lebih banyak filem yang berilmu diterbitkan selepas ini, bukan sekadar filem dengan nilai percintaan atau hantu jembalang.

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...