Tuesday, January 31, 2012

Perlawanan Hoki yang Mendebarkan dan Menggembirakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Lama sangat tak update blog, mesti orang pun dah bosan nak datang sini.


Saya ada cerita tentang peristiwa hari ini. Hari ni ada perlawanan hoki perempuan bawah 18 daerah Bentong di SMK Sulaiman. Saya guru penasihat kelab hoki, so kena bawa pemain ke sekolah tersebut. Pemain kitorang semua pelajar India. Yang kat hujung tu cikgu Azlan, jurulatih hoki dan yang berbaju hitam encik Subhan, juruletih yang ajar budak2 ni main hoki. Tahun ni game diadakan awal sangat, diorang sempat berlatih 4 hari je sebab minggu lepas cuti cikgu pun balik kampung.

SMK Khai Mun ditempatkan dalam kumpulan B bersama SMK Ketari, SMK Kuala Repas dan SMK Seri Bentong. Game pertama dengan SMK Kuala Repas, menang 1-0. Game kedua dengan SMK Seri Bentong seri 0-0. Game ketiga dengan SMK Ketari seri 1-1. Masa main dengan ketari paling banyak pemain kami yang injured, yang kaki diketuk, jari kena kayu hoki, macam2 la tapi tu semua asam garam permainan la. Cuma yang tak tahan bila pemain lawan siap marah-marah, yela kami ni budak2 je yang main diorang ramai yang besar-besar. Bila game kumpulan dah habis, didapati SMK Khai Mun dapat mata sama dengan Ketari 5-5 dan jaringan pun sama 2-2.

So, untuk tentukan siapa johan dan naib johan kumpulan, kena buat 'split' (tak tau la sebutan sebenar macam mana tapi dengar lebih kurang split/flip something like that). 'split' ni ala2 sepakan penalti dalam bola sepak. Tiap pasukan kena hantar 5 pemain untuk buat jaringan. Kami hantar Thibega (5), Sankari(7), Sangeetha(4), Lisa Mary(6) dan kapten Gayathri (2). Keputusannya seri jugak dengan 1 jaringan masing2 oleh kapten. Last sekali, ambil sorang aja untuk buat pukulan lagi. Alhamdulillah tolakan (tak boleh pukul) Gayathri masuk tapi bola diorang berjaya dihalang oleh Heeroshini (goal keeper). So, jadi johan kumpulan B.

Semasa pusingan separuh akhir, kita kalah dengan SMK Sulaiman 1-0 menyebabkan terpaksa bertemu ketari sekali lagi untuk penentuan tempat ketiga dan ke-4. Permainan berjalan dengan pemain yang sedikit keletihan dan berakhir dengan keputusan seri 0-0. So, kena 'split' sekali lagi. Seperti tadi jugak 5 pemain dihantar. Kali ni seri lagi 2-2 sehingga menyebabkan pertandingan antara seorang pemain sahaja. Kita hantar kapten pasukan, Gayathri. Diorang pun hantar kapten, Nad. Pukulan pertama, dua-dua masuk gol. Diteruskan sehingga 2 pukulan berikutnya (kalau tak silap la), keputusan masih seri 0-0. Untuk menamatkan permainan tersebut, pengadil terpaksa melambung syiling dan kemenangan berpihak kepada SMK Khai Mun sebagai pemenang tempat ke-3.

Mungkin ada yang cakap setakat menang dengan lambung syiling tak ada apa la, nasib je tu. Tapi bagi saya, jika tak tertulis akan menang, syiling pun tak akan memihak kepada kita. Saya tumpang gembira bagi pihak pemain yang telah bertungkus lumus di dalam padang. Sebab tu saya katakan permainan ini memang sangat mendebarkan.

p/s: Satu perkara yang ingin saya highlight di sini ialah tentang sikap. Apa yang saya perhatikan, ada pelajar berbangsa melayu yang lancar betul kata-kata cacian dari mulut mereka. 'babi' pun saya ada dengar. Malu sebagai orang Melayu terhadap pemain2 kami yang semuanya berbangsa India. Mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang tapi jadikanlah ia luar biasa kerana itu yang sebaiknya. Jaga diri dan jaga tingkah laku di khalayak atau di mana saja.

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...