Hari ni cikgu nak ceritakan tentang lagi satu aktiviti sempena Minggu Sains dan Matematik Kolej Vokasional Alor Setar 2019 yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Aktiviti tersebut dinamakan Eksplorasi Sains dan Matematik.
Aktiviti ini diadakan untuk menarik minat para pelajar Kolej Vokasional Alor Setar untuk bergerak aktif sambil menguji minda dalam beberapa cabaran mudah berkaitan Sains dan Matematik. Para pelajar menyertai aktiviti ini secara berkumpulan mengikut bengkel masing-masing. Jadi, terdapat sebanyak sembilan memandangkan terdapat sembilan kursus di sini.
Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan dibekalkan satu sampul berisi klu untuk ke checkpoint dan kad untuk diisi tanda selesai melaksanakan tugasan. Mereka perlu melalui sembilan checkpoint dan melaksanakan tugasan mudah. Selepas pelajar melaksanakan tugasan, guru bertugas akan menandatangan kad yang disediakan dan menyerahkan klu untuk ke checkpoint seterusnya. Sekiranya mereka tidak dapat melaksanakan tugasan dalam tempoh masa yang diberi, penalti 3 minit akan diberikan. Pemenang ditentukan berdasarkan masa tiba di garisan penamat dan bilangan tugasan yang diselesaikan tanpa dikenakan penalti.
Senarai tugasan di checkpoint:
CP 1: Bahan kimia
CP 2: Sudoku
CP 3: Masukkan telur ke dalam kelalang kon
CP 4: Teka teki dan soalan Matematik
CP 5: Menulis warna pelangi
CP 6: Operasi songsang
CP 7: Melengkap litar
CP 8: Aerofoil
CP 9: Luas dan Perimeter
Dapatan:
1. Penalti 3 minit boleh digantikan dengan denda lain yang lebih menarik supaya pelajar lebih seronok dan teruja. Contohnya, menyanyikan lagu atau melakonkan babak yang melucukan.
Kad tugasan
Klu ke checkpoint
Klu dan kad tugasan dalam sampul dibekalkan kepada pelajar
Salah satu aktiviti Sains
Salah satu aktiviti Sains
Ps: Gambar tak banyak sebab laporan dua bulan kemudian. ha ha ha..
Link untuk muat turun di SINI (google drive):
Klu: Cetak di atas kad keras
Kad tugasan: Cetak di atas kad kerasCabaran di setiap checkpoint: Cetak pada kertas A4 dan berikan kepada setiap petugas checkpoint
No comments:
Post a Comment