Monday, October 31, 2011

Karnival Usahawan Desa Sg Petani

Entri kali ni adalah antara entri yang banyak gambar sebab saya memang excited sangat nak cerita pengalaman pertama kali tengok autoshow (lantak la orang lain dah cemuih pun). Selepas kenal dengan blog Gilamodified milik incik Khairul, saya jadi gila sebentar tengok kereta-kereta modified ni. Jadi, pada cuti sempena Deepavali yang lalu saya telah pulang ke kampung dan berkesempatan untuk menghadiri Karnival Usahawan Desa yang diadakan selama 4 hari (27-30 Oktober) di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Saya nampak jugak incik Khairul tapi segan pulak nak tegoq..hehe..

Gambar-gambar di bawah merupakan antara kereta-kereta yang terlibat








Mini bersama model tak berbayar.

Alza di bawah ni pun konsep VIP jugak.

Ibu mengandung pun sebok nak posing jugak.


Kat bawah ni kereta Spiderman milik Cik Wahida..(model tu bukan cik Wahida ye). Memang cun. Saya paling suka spider kat rim tu..





Kereta viva di bawah ini di'modify' ikut gaya VIP. Fuyyo, memang merlip merlap aih. Siap ada akuarium lagi (dengan ikan sekali) Akuarium tu kat roof top pun ada. Kalau bocor memang mandi air ikan la jawabnya.



Quote for the day: Mini my 2nd Bini (I like!)

3 comments:

khairul said...

klu tidak leh kita bergambar bersama hehe

Kazman & Sue said...

kami pun minat tengok autoshow juga... tapi si kecil anak kami tu bikin tak senang tengok sebab dia aktif sikit tangannya...takut rosak keter peserta autoshow tu...apa2x pun memang best...

Yatt S. said...

tak pernah pergi autoshow. sadis !

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...