Sunday, November 13, 2011

Ada apa di Bentong # Air Terjun Chamang

Kali ni saya nak cerita tentang Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang. Kadang-kadang saya suka jugak pergi jalan-jalan di sana. Tempat ini lebih kurang 20 minit dari Bandar Bentong. Dari Bandar Bentong menghala ke Raub, anda perlu belok di satu simpang ke kiri berhampiran Bentong Point. Dari simpang tersebut terus saja sampai ke Air Terjun Chamang. Kalau ikutkan jaraknya tak jauh sangat tapi oleh sebab jalannya bengkang bengkok jadi ambil masa yang lebih lama untuk sampai. Kalau anda nak ke sana dalam masa terdekat ni kena berhati-hati sebab sekarang ni diorang tengah baiki jalan. Jalannya dipotong sampai tinggal muat-muat sebuah kereta je. Agak best jugak la kat sini tapi saya tak pernah lagi mandi di sana, setakat pergi menikmati pemandangan je. Pastu kat sana takde la ramai sangat yang menjual. So, sebelum pergi bawak makanan sendiri tau.

Jika anda datang dari Kuala Lumpur, ambil lebuhraya KL-Karak. Anggaran perjalanan dari tol Gombak ke Tol Bentong lebih kurang 30-45 minit. Selepas membayar tol di Tol Bentong, anda boleh ambil susur keluar Bentong Barat. Teruskan perjalanan sehingga anda sampai di simpang tiga berhampiran Shell Ketari (Shell di sebelah kiri). Belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan. Anda akan melalui kawasan Sungai Marong di mana terdapat signboard besar 'BENTONG' (sebelah kanan) dan berhenti di lampu isyarat.

Teruskan perjalanan, anda akan melalui kawasan perniagaan baru iaitu Bentong Prima. Kat sana, anda boleh la singgah ke Marrybrown, Pizza Hut, Domino, Al Azmi Bistro atau Medan Selera Kampung baru. Teruskan perjalanan  selepas jambatan Bentong yang tak berapa besar tu dan melalui Bangunan Majlis Perbandaran Bentong serta Bentong Vega Mall (supermarket terbesar di Bentong di sebelah kanan jalan).

Teruskan perjalanan ke dalam Bandar Bentong dan ikut arah ke Raub. Selepas Masjid Bandar Bentong di atas Bukit, anda akan melalui kawasan Bentong Point dan simpang ke Chamang di sebelah kiri selepas Bentong Point.

Ps: Baru semalam terdengar lagi kes kematian di Air Terjun Chamang. Jika anda ke sini, diharap anda lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau




7 comments:

khairul said...

sempoi la tempat ni ckigu

Kazman & Sue said...

cantiknya air terjun ni yeee... sedap tu kalau berendam dalam air terjun....

CikguShikin said...

Tengok saja pun macam best kalau mandi mesti lagi best. Cuma perjalanan ke sana tu menakutkan sikit la jalan sunyi bengkang bengkok

Lum CS said...

From Bentong TOwn go to Waterfall take how long ?

CikguShikin said...

Lum CS, from Bentong Town to waterfall around 15 minutes only.

amirul shafiq said...

Asalamualaikum klau dri kl amik highway lpt kan? And amik exit mana ye??

CikguShikin said...

@amirul shafiq : Dari KL, amik highway KL-Karak. Selepas tol Bentong, keluar di exit pertama Bentong Barat. Kalau ambil exit Bentong Timur pun boleh sebab akan jumpan simpang yang sama di Ketari (berhampiran Masjid Ketari dan Shell Ketari)

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...