Monday, April 11, 2016

Sains Tingkatan 1 Bab 4: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi kepada Manusia

Dalam bab 4 Sains Tingkatan 1, murid belajar tentang sumber Bumi yang penting kepada manusia iaitu udara, air, tanah dan hidupan. Setiap sumber ini mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada manusia. Sumber Bumi mestilah dipelihara dan dipulihara daripada sebarang perubahan dan pemusnahan. Berikut merupakan cara-cara memelihara dan memulihara sumber-sumber Bumi.



Bagi seorang pelajar, anda juga boleh membantu dalam memelihara dan memulihara sumber Bumi. Contohnya, dengan cara menjimatkan penggunaan air dan tenaga serta mengitar semula atau menggunakan semula sesuatu bahan.

Bagi tajuk Kitar semula, murid diberi tugasan untuk menghasilkan satu produk yang boleh digunakan dengan menggunakan bahan yang terpakai. Guru menunjukkan beberapa contoh yang boleh dijadikan inspirasi untuk mencipta produk masing-masing.


Buku yang boleh dijadikan contoh

Hasilnya memang ada pelajar yang dapat menghasilkan produk yang menarik. Tidak kurang juga yang sekadar melepaskan batok di tangga, asalkan siap. Namun demikian, cikgu kagum dengan sebilangan pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk masing-masing. Semua ni cikgu bawa balik rumah dan guna di rumah sebab bila cikgu tanya ada sesiapa nak bawa balik, semua tak nak.

Lihatlah hasilnya (Ini merupakan hasil pelajar Tingkatan 1B tahun 2015). Sampai sekarang cikgu masih guna lagi.


 Nur Hazilah

Cheng Jia Wei
 Pelapik cawan, Thang Sin Yee
(Ramai pelajar yang menghasilkan pelapik cawan, mungkin ini yang paling mudah dan murah. Semuanya jadi pelapik periuk belanga cikgu)

Bekas ni dibuat oleh Rubini atau Rubachini (tak ingat salah seorang adik beradik kembar ni), jadi bekas mengisi rempah ratus. Kalau perasan botol rempah tu pun bahan guna semula dari botol  BRANDS Chicken Essence.

Chee Mun Wei
 Tabung ni dibuat oleh Ku Hou Tung pada tahun 2012, dah tingkatan 5 pun sekarang. Mula-mula ada pembalut tapi dah terkoyak. Sampai sekarang cikgu masih guna lagi.


Kadang-kadang mungkin ada yang cakap kelas sains ni dah jadi macam kelas pendidikan seni. Sebenarnya tak salah untuk mengintegrasikan subjek pendidikan seni dalam sains asalkan sesuai dengan tajuk tersebut. Lagipun, pelajar pun suka menunjukkan bakat masing-masing.






No comments:

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...