Tuesday, August 7, 2018

Kuih-muih 3 Biji Seringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negeri Kedah memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan menarik. Kalau singgah di mana-mana kedai atau gerai di tepi jalan, sangat mudah untuk kita jumpa cendol, ABC, laksa atau bihun sup.

Sepanjang perjalanan ke sekolah dari kampung, terdapat banyak gerai yang menjual sarapan pagi termasuk nasi lemak aneka lauk pauk dan kuih muih pelbagai jenis. Pilihlah mana-mana gerai yang anda suka. Pada minggu lepas, pertama kali saya singgah di sebuah gerai di Tebengau. Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang dijual selain nasi lemak sebagai sarapan pagi. Agak ramai juga pembeli yang berkunjung di gerai tersebut pada ketika itu.

Kuih yang dijual hanya berharga seringgit untuk tiga biji kuih kecuali beberapa kuih lain seperti kuih lopes dengan harga lain. Bagi saya, RM1 adalah harga yang cukup murah memandangkan saiz kuihnya yang agak besar dan rasanya juga enak. Tidak seperti di sesetengah tempat, sudahlah mahal harganya, jika tak bernasib baik mungkin terbeli kuih berinti angin. Namun, kebanyakan tempat di Kedah masih lagi menjual kuih dengan harga RM1 untuk tiga biji.

Saya juga tertanya-tanya, adakah peniaga-peniaga ini mendapat pulangan yang berbaloi dengan harga yang begitu murah. Bagaimanakah bahan mentah dengan harga yang sama di tempat lain, tetapi kuihnya boleh dijual dengan harga yang lebih murah.


No comments:

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...