Sunday, April 10, 2016

Sains Tingkatan 2: Mengenal Struktur Sistem Pencernaan Manusia

Tarikh: 6 April 2016 (2 waktu)

Aktiviti: Mengenal Struktur Sistem Pencernaan Manusia

Kelas: 2 Maju

1.       Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.

2.       Murid telah membawa sehelai kemeja T berwarna putih. Terdapat beberapa kumpulan yang membawa baju sekolah yang tidak digunakan lagi.

3.       Setiap kumpulan dibekalkan dengan pen marker berwarna. Pen ini tentunya tidak cukup untuk setiap kumpulan dan perlu dikongsi bersama kumpulan lain. Pada ketika ini, dapatlah kita melihat kerjasama antara pelajar berkongsi pelbagai alat dan bahan bersama rakan-rakan mereka.

4.       Murid melukis, mewarna dan melabel struktur sistem pencernaan manusia mengikut kreativiti masing-masing. Label perlu menggunakan kertas yang ditampalkan pada baju supaya boleh ditanggalkan.

5.       Selepas siap, murid bergilir-gilir untuk melabel setiap struktur. Caranya, tanggalkan label dan tampal semula. Pastikan semua murid mencubanya. (Bagi kelas ini, aktiviti melabel tidak dapat dilaksanakan dalam kelas yang pertama kerana murid mengambil masa 2 waktu untuk melukis)

  









  Kumpulan No Time: Faiz, Naqiuddin, Hanan dan Firdaus


  Cikgu pun buat satu sampel, tetapi murid akan cenderung untuk tiru apa yang cikgu buat walaupun dah pesan ikut kreativiti sendiri.

   Kumpulan SWAD : Shikin, Wani, Aliya dan Dini


 Elisha dan Teeban bawa kemeja sekolah, jadi terpaksa lukis di belakang..hehe..

 Cantik kan hasil kumpulan TLCC ni? Teh Qi Jun, Lok Chi Yin, Cheng Jia Wei dan Cheong Yi Hui


Kumpulan FaNoFa: Fatin, Faqihah dan Noramira


Kumpulan HRL: Rosaini, Hanim dan Liyana


Kumpulan WRR: Wen Wen, Rubini dan Rubachini


 Kumpulan SHE: Double Mok (Mok Jia Jun dan Mok Syuen Le), Lee Hok Jun dan Tong Chun Mun

Barisan model Sistem Pencernaan Manusia. 

Semua murid dapat melabel struktur sistem pencernaan manusia di samping menunjukkan bakat melukis dan mewarna masing-masing.

Tak sempat ambil gambar kumpulan Triple L: Loo Pei Ni, Lai Chiou Torng dan Lee Ann Ni

Untuk aktiviti kali ni, cikgu bagi sticker untuk Kumpulan WRR dan TLCC.

Kredit untuk: Group Facebook: Cikgu Sains Kreatif

Sains Tingkatan 2: Merancang Diet Seimbang (dengan link untuk muat turun)

Tarikh: 31 Mac 2016 (2 waktu) dan 1 April 2016 (1 waktu)
Aktiviti: Merancang Diet Seimbang bagi Individu Berbeza
Kelas: 2 Maju


1.       Pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan.

2.       Pelajar dibekalkan gambar individu berbeza (lelaki dewasa, lelaki tua, kanak-kanak lelaki, wanita dewasa, gadis remaja, wanita tua dan kanak-kanak perempuan).

3.       Pelajar juga dibekalkan dengan Jadual kalori makanan Malaysia (saya dapati dari blog Cikgu Hailmi) atau boleh juga muat turun dari laman berikut : http://www.phhp.com.my/tbe/health_care/calorie-chart.html

4.       Selain itu, pelajar juga dibekalkan dengan carta pengambilan kalori harian mengikut aktiviti yang dimuat turun dari laman berikut: https://www.getfit.tn.gov/fitnesstracker/calorie_levels.pdf

5.       Pelajar perlu mengenal pasti jantina, umur dan aktiviti harian bagi individu dalam gambar yang dibekalkan.

6.       Seterusnya, pelajar perlu merancang menu yang perlu diambil dalam sehari.

7.       Sesi perbincangan mengambil masa selama dua waktu PdP manakala sesi pembentangan dijalankan pada hari berikutnya selama satu waktu PdP.















 Kredit untuk Cikgu Hailmi:
http://www.cikguhailmi.com/2015/02/idea-pdp-sains-kalori-dan-diet.html

Muat turun bahan-bahan di SINI (google drive)

Monday, September 14, 2015

Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Malaysia telah mengalami jerebu di beberapa kawasan Pantai Barat Semenanjung dan kawasan Lembah Kelang. Menurut sumber berita, kebakaran hutan di Sumatera tengah merupakan punca Malaysia mengalami jerebu. Sejak tiga hari yang lepas, Daerah Bentong Pahang juga mula kelihatan seperti berkabus. Namun, kabus ini tidaklah terasa segar seperti kabus di waktu pagi atau di puncak gunung. Sebaliknya kabus hangat ini berbau abu terbakar, memedihkan mata dan menyesakkan nafas. Pada hari ini jerebu semakin tebal dan kesannya begitu terasa. Guru-guru yang berada di dalam bilik guru juga terasa pedih mata dan sesak nafas, apatah lagi anak-anak murid di dalam kelas yang tidak bertutup dan terdedah kepada udara persekitaran yang berbahaya ini.

Pada hari semalam saya telah memandu ke Jalan Kelang Lama. Sepanjang perjalanan jerebu semakin tebal dan pandangan semakin kabur. Namun masih ramai yang menunggang motosikal tanpa memakai penutup muka. Saya mendapati terdapat papan tanda yang menunjukkan bahawa Indeks Pencemaran Udara di Kuala Lumpur pada ketika itu sekitar 190-200 (tidak sihat).

Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau dalam bahasa Inggeris Air Pollutant Index (API) digunakan untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain.

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu gas sulfur dioksida, SO2, gas nitrogen dioksida, NO2, gas karbon monoksida, CO, ozon, O3 dan habuk halus 'Particulate Matter' bersaiz sehingga 10 mikrometer (PM10). Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. (Sumber)

Berikut merupakan klasifikasi tahap IPU dan kesan terhadap kesihatan.
 Sumber

Anda boleh semak bacaan IPU di beberapa kawasan tertentu di Malaysia melalui laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di SINI.

Apakah tindakan anda semasa Jerebu?
Sila layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut.

Di sekolah juga, pihak sekolah telah mengedarkan topeng muka secara percuma kepada pelajar-pelajar sebagai satu langkah untuk menghadapi situasi ini.




Akhir kata, jagalah kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga terutamanya semasa jerebu ini.

MNEMONIK Makronutrien dan Mikronutrien

Mnemonik merupakan satu kaedah mengingat yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran. Mnemonik berasal dari perkataan Greek mnēmonikos ...