Tuesday, July 19, 2011

Petua Mengupas Bawang Tanpa Menangis Lagi


Apabila kita memotong bawang, sel akan pecah dan membebaskan kandungannya, asid amino sulfoksida yang membentuk asid sulfenik. Enzim yang dulunya terpisah akan bebas bercampur dengan asid sulfenik dan menghasilkan propanethiol S-oksida, bahan sulfur mudah meruap yang masuk ke dalam mata anda.

Gas yang terhasil akan bertindak balas dengan air di dalam mata dan menghasilkan asid sulfurik. Mata akan menghasilkan banyak air untuk mencuci asid sulfurik yang terhasil. Sebab itulah kita seolah-olah menangis apabila memotong bawang.


Sekarang, anda tidak perlu lagi memakai penutup mata atau memasang kipas semasa memasak.

Cuma,

1. Sejukkan bawang tersebut di dalam peti sejuk sebelum memotongnya atau
2. Memotong bawang di dalam air.

Kenapa?
Suhu yang rendah akan mengurangkan kadar tindak balas!
Selamat Mencuba!

Sumber: http://chemistry.about.com/od/chemistryfaqs/f/onionscry.htm

2 comments:

al-lavendari said...

ini satu petua yang berguna ..

terima kasih kerana sudi follow saya.

CikguShikin said...

Blog al-Lavendari memang menarik. Catatan oleh orang2 kecil untuk orang2 besar. Dan kadang2 yang orang2 kecil pun tak perasan sebab selalu memandang yang besar2 sahaja. (^_^)

Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda dengar tentang aurora? Aurora merupakan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit. A...