Sunday, July 17, 2011

Petua Merebus Telur

Apabila air dipanaskan, air akan mendidih pada suhu 100oC. Kemudian, apa yang berlaku?

Setelah mencapai suhu 100oC,
1. air akan bertukar menjadi gas (wap air).
2. suhu tidak lagi meningkat sehingga semua air menjadi gas.

Apa kaitan dengan merebus telur?
Biasanya kita akan merebus telur sehingga kita rasa sudah masak barulah kita akan memadamkan api. Tapi, apa gunanya api lagi setelah air mendidih?- kerana suhu tidak akan meningkat lagi.

Isi penting:
- Setelah air mendidih, padamlah api dan tutup periuk anda supaya haba tidak terus hilang. Telur akan terus masak dengan haba yang terdapat dalam air yang telah mendidih tersebut.

Kenapa nak ikut?
- Dapatlah kita menjimatkan gas memasak.

2 comments:

Fazrol Bin Che Isa said...

cikgu,

adakah kita perlu rebus air dahulu kemudian isi telur didalam air yang mendidih seperti membuat air gula?
Sekiranya saya buat begitu, maka telur akan retak...

CikguShikin said...

Saudara Fazrol,

Untuk merebus telur, kita tak boleh rebus air dahulu. Kesannya macam yang saudara sebutkan. Kita masak telur seperti biasa cuma bila air dah mendidih kita terus padam api dan tutup periuk menggunakan penutup. Jadi, haba yang ada dalam air akan memasak telur tersebut.

Kita boleh menjimatkan sedikit gas di sini.

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...