Sunday, August 13, 2017

Jasa Guru Hingga ke Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca. Dalam entri yang lepas, saya pernah menulis perihal pengalaman saya belajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dalam entri ini dan bahagian kedua di sini.

Pengalaman belajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah merupakan pengalaman yang tak mungkin saya lupakan kerana daripada seorang yang hanya faham satu dua perkataan bahasa inggeris, daripada seorang yang langsung tidak tahu menulis ayat dengan grammar yang betul, berubah 360 darjah. Sungguh saya katakan, semua ini kerana seorang guru yang mengajar kami semasa darjah 6. Ini bukan bermakna saya lupa guru yang mengajar sebelumnya. Syukur dan terima kasih buat semua guru yang pernah mendidik diri ini.

Berbalik kepada Teacher Noor Murni yang pernah mengajar kami bahasa inggeris semasa darjah 6, beliau juga merupakan inspirasi yang mencetuskan minat saya untuk menjadi seorang guru. Lama tidak mendengar khabar dari teacher. Saya langsung tidak pernah bertemu beliau selepas tamat belajar darjah 6 pada tahun 1998. Beberapa tahun lepas dapat tahu beliau kurang sihat.

Pada 7 Julai 2017, kami mendapat berita beliau telah dijemput pulang oleh Pencipta Yang Maha Esa. Kami bersedih atas kepergian teacher. Hanya boleh mengirim doa buat teacher, semoga teacher dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga Allah kurniakan syurga buat teacher.

No comments:

Yang Nakal-nakal oleh Usman Awang

Sesuai tajuknya, buku ini mengandungi 17 cerpen dan 8 puisi yang dengan nakal mengusik kita membuat kita tersenyum simpul membacanya. Wa...