Friday, October 7, 2011

Belajar Bahasa Inggeris

Teringat semasa dulu, semasa darjah 5...

Masa darjah 6, saya pernah baca karangan yang ditulis semasa darjah 5, memang tunggang langgang. Grammar ke mana, tenses ke mana...maksudnya jangan cakap la, memang tak faham. Tapi, semasa darjah 6 kelas saya telah diambil alih oleh seorang guru yang saya sayang, seorang guru yang memberi inspirasi cita-cita saya. Guru tersebut ialah Teacher Noor Murni. Beliau mengambil alih kelas 6H dan 6K pada tahun 1998 dan drill kami cukup-cukup. Masih saya ingat lagi, setiap hari kami akan belajar Bahasa Inggeris. Ahad hingga Khamis, jumaat dan sabtu. Tapi saya langsung tidak jemu belajar Bahasa Inggeris. Terima kasih teacher.

Kaedah pengajaran Teacher Noor Murni memang unik. Sehingga ke hari ini saya masih ingat hampir 90% apa yang teacher ajar dulu. Hari pertama, teacher suruh kami buat fail guna kad manila, letak paper fastener dan balut guna pembalut beruang teddy. Kemudian teacher bagi buku verb yang teacher tulis sendiri kemudian gelek guna kertas pendua. Saya masih ingat di muka depan buku verb tu ada gambar ulat yang comel. Tulisan teacher memang cantik dan kemas membuatkan saya jatuh cinta.

Pada setiap hari, tugasan wajib ialah menghafal VERB (kata perbuatan). Teacher tulis verb dalam bentuk column untuk meaning, root word, past tense, past participle, present continuous, dan single. Verb pertama ialah Begin-mula. Semua murid perlu hafal "Begin, Began, Begun, Beginning, Begins". Verb juga dibahagi mengikut jenis:

1) 123-column pertama kedua dan ketiga perkataan berbeza. Contoh: Begin, Began, Begun
2) 111-column pertama kedua dan ketiga sama. Contoh: Cut, cut, cut
3) 121-column pertama dan ketiga sama. Contoh: Come, came, come
4) 122 (ed)-column kedua dan ketiga sama dengan 'ed'. Contoh: Stop, Stopped, Stopped
5) 122(t) - column kedua dan ketiga sama dengan 't'. Contoh: Bend, Bent, Bent

Pada setiap hari, kami perlu menghafal 5 verb. Setiap kali mula kelas, teacher akan bagi sehelai kertas dan kami perlu tulis semula kelima-lima verb tersebut. Lengkap dari column pertama hingga keenam. Kemudian kami akan cek sendiri dan siapa yang betul semua akan dapat bintang dari teacher. Bila cukup 5 bintang, kami akan dapat hadiah. Pernah juga dapat hadiah tapi tak ingat berapa kali =).


Tugasan wajib kedua ialah VOCAB(vocabulary). Ada satu buku khas untuk vocab. Dalam buku ini kami buat garisan sebesar pembaris, lebih kurang 5 garisan dan penuh mukasurat. Teacher akan pilih satu petikan dalam buku teks dan kami perlu salin semula petikan tersebut di dalam setiap kotak dalam buku vocab dan selang satu baris untuk tulis maksud. Semua perlu buat di rumah, setiap kali mula kelas, murid akan semak bersama-sama dengan teacher maksud setiap perkataan. Kali pertama buat memang salah banyak sebab tak semua perkataan ada dalam kamus. Setiap salah kena buat pembetulan 5 kali. Tapi, setiap hari buat sehingga jumpa banyak perkataan yang dah pernah jumpa sebelum ni hingga lama kelamaan tiada lagi kesalahan.


Bersambung...

3 comments:

cardiacku said...

Memang tidak mudah belajar bahasa Inggris, tetapi dengan kemauan dan kerja keras maka bukanlah impian mahir berbahasa ingrris.
Entry yang bagus sahabat

CikguShikin said...

Betul Cardiacku. Langkah pertama adalah timbulkan minat kerana hanya dengan minat kita akan terus mencari dan belajar. Nak timbulkan minat tu yang agak susah.

muhd faris said...

Betol tu